Wednesday, July 25, 2012

Dah masuk minggu 32- berat turun 1kg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramadhan ke-5. Alhamdulillah masih bertahan. Dah masuk minggu ke 32 a.k.a 8 bulan. Sekejap je rasanya. Sepanjang 4 hari berpuasa berjaya menghalang diri dari menjejakkan kaki ke bazaar... jimat yang teramat sangat. Alhamdulillah... lembik camna pun tetap paksa kaki melangkah masuk dapur. Apa yang ada itu lah yang dimasak. J

3rd Ramadhan-baby kurang aktif pergerakannya.. bila called klinik dorang mintak ke sana sebab terus nak refer doktor. Bila masuk bilik doktor dilayan acuh tak acuh. Hati ni bernanah je rasa. Tapi sebab puasa so kesabaran tetap nombor wahid. Apapun sempat jugak memberi sepatah dua kata sampai doktor tu terdiam sekejap. Kalau tak kerana nurse yang mintak Ticer ke sana tak de pasal Ticer nak tepek muka kat klinik tu. Terfikir gak kenapa orang lebih prefer klinik swasta dari kerajaan. Semua sebab ni la. Layanan yang kurang memuaskan. Awak puasa, saya pun puasa. Tapi kena la jalankan tanggungjawab sebaiknya. Hmm.. tak pe tak pe tu dugaan kecil.



Baru hari ke 5 berat dah turun 1kg. Kalau dulu melompat kesukaan tapi bila dah camni risau pulak.. harap-harap tak kena bebel la bila berat menjunam lagi. Cepat sangat la turun berat bila berpuasa ni.

Lepastu sekarang ni nak cari bantal best nak tampung berat perut ni.. kebetulan ada member buat bisnes nursing pillow. 100% kekabu you. Harga pun berpatutan... dia jahit sendiri lagi haa... kalau kat pasaran rasanya bantal kekabu tak dapat harga cenggini kan...

Ni FB dia.. saja la promote. Mana tau bakal-bakal ibu ataupun ibu-ibu sedang mencari bantal camni bleh la tengok-tengok dan beli-beli.. :)

:.. Tak sabo nak balik kampung...  rasa nak berehat panjang sangat-sangat ni... penat ohh naik turun tangga nak ke kelas... (alasannn...)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

safurara said...

rara minggu depan cek.xtau lah berat naik ke turun.hehehe.moga kita dipermudahkan ye ticer.

Anak Wak Mail said...

tak sabarnya nk tgok baby tu..kjap je masa berlalu..knl ticer dulu blom kawen..tup tup nk ads anak dah..

Akunyer said...

@Cik Puan Rara amiin... harap camtu la...semuanya dipermudahkan

Akunyer said...

@Anak Wak Mail heee tu la.. xsedar pn masa berlalu begitu cepat..cewahh

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan