Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Tetiba je nak update blog.. entah
berapa kurun blog terbiar sepi macamtu saja. Macam kurang kasih sayang je
lagaknya. Minat menulis dan merepek dalam blog ni macam makin berkurangan je
sejak bergelar isteri dan ibu..
Apa nak cerita malam ni ye..? 1st
thing: Alhamdulillah dah masuk 2 orang anak.. yang ni pun perempuan jugak. Dah berumur
5bulan++. Debab. Hari-hari pipi kena gigit. Geram sangat. :D
2nd: Alhamdulillah
sudah berpindah dari Selangor ke Kedah setelah hampir 8kali mencuba isi online dan
2 kali panjat pejabat KPM di Putrajaya dalam keadaan mengandung dan sarat. Heh..motif
cerita p pejabat KPM dalam keadaan sarat? Nak gitau betapa bersungguhnya nak
balik negeri sendiri.. cewahh…
3rd: diletakkan di PPD
Baling/Sik (memang mintak masuk daerah
tu pun) disebabkan Kota Setar terlalu tebal sangat tembok. Susah betul nak
masuk situ. Tapi kira okey la kan boleh jenguk family selalu.. hampir setiap
minggu balik kampung. Minggu ni kampung suami minggu depan kampung Ticer pulak.
Gitulah rutin mingguan. Penat pun tolak tepi. Memang niat nak balik Kedah ni
nak jenguk mak ayah pun..
4th: Sekolah sekarang
ni sekolah kecik… macam sekolah kat Sarawak dulu… setakat sekarang ni rasa
selesa disini…harapnya perasaan gembira dan seronok ni sentiasa melekat dalam
jiwa sampai bila-bila.. baru senang nak bekerja. Ye dak?
:.. Doakan Ticer
semakin kuat dan bersemangat menabur bakti untuk anak bangsa ya… J
1 geng suka bebel:
dah anak 2 dah..lamanya sy xblogwalking..hihi..
Post a Comment