Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

Lama menghilang..banyak pulak nak cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba je nak update blog.. entah berapa kurun blog terbiar sepi macamtu saja. Macam kurang kasih sayang je lagaknya. Minat menulis dan merepek dalam blog ni macam makin berkurangan je sejak bergelar isteri dan ibu..

Apa nak cerita malam ni ye..? 1st thing: Alhamdulillah dah masuk 2 orang anak.. yang ni pun perempuan jugak. Dah berumur 5bulan++. Debab. Hari-hari pipi kena gigit. Geram sangat. :D


2nd: Alhamdulillah sudah berpindah dari Selangor ke Kedah setelah hampir 8kali mencuba isi online dan 2 kali panjat pejabat KPM di Putrajaya dalam keadaan mengandung dan sarat. Heh..motif cerita p pejabat KPM dalam keadaan sarat? Nak gitau betapa bersungguhnya nak balik negeri sendiri.. cewahh…

3rd: diletakkan di PPD Baling/Sik (memang  mintak masuk daerah tu pun) disebabkan Kota Setar terlalu tebal sangat tembok. Susah betul nak masuk situ. Tapi kira okey la kan boleh jenguk family selalu.. hampir setiap minggu balik kampung. Minggu ni kampung suami minggu depan kampung Ticer pulak. Gitulah rutin mingguan. Penat pun tolak tepi. Memang niat nak balik Kedah ni nak jenguk mak ayah pun..

4th: Sekolah sekarang ni sekolah kecik… macam sekolah kat Sarawak dulu… setakat sekarang ni rasa selesa disini…harapnya perasaan gembira dan seronok ni sentiasa melekat dalam jiwa sampai bila-bila.. baru senang nak bekerja. Ye dak?

:.. Doakan Ticer semakin kuat dan bersemangat menabur bakti untuk anak bangsa ya… J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, January 18, 2013

Indahnya menyusukan anak :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk 2013.. punya berabad tak update blog.. ada plan nak mekap balik blog tapi disebabkan ada pengarang jantung yang perlu perhatian so niat itu di-KIV-kan.. eheh..hancusss bahasa...

Amni Syafiqah- nama anak secantik empunya diri.. In sha Allah bakal menginjak 4bulan pada 26 Januari ni... Dah boleh meniarap seawal 2 bulan lebih... suara kuat kalau mula bercakap bahasa dia.. ustat baba kata ni bakal qariah ni.. J camne bleh suara kuat cenggitu..? hee takkan sebab si ummi dia cikgu yang bersuara lantang so anak pun mengikut  suara lantang jugak? Lantang la sangat suara Ticer ni... :p

kul 6 pagi dah bangun..
Alhamdulillah sampai hari dan saat ini Amni masih diberi susu ibu.. biarpun bersusah payah nak mengepam tapi ticer gagahkan diri demi anak tercinta. Bukan senang sebenarnya nak mendapat hasil susu yang banyak.. macam awal tahun ari tu time cikgu-cikgu sibuk uruskan kelas dan pelajar memang susu drop terus... meleleh jugak air mata.. rasa lemah semangat kejap bila dipam susu langsung tak mau keluar... tapi berkat kesungguhan dan semangat dari ustat baba, ustajah mama dan mr . zauj akhirnya berjaya mendapatkan stok yang mencukupi untuk Amni.. Setiap hari perlu dapatkan stok yang fresh sebab Amni memang reject susu yang disejuk bekukan... heee memula tu rasa macam lecehnya nak kena prepare benda-benda ni tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa (erk betul ke peibahasa ni?) akhirnya rutin tu menjadi semakin mudah.. cewah ayat...

Even ada yang kata stok susu ibu takkan cukup untuk anak tapi Ticer cuba positifkan minda. Ticer siap tanya bidan lagi haa pasal ni.. dia cakap kalau tak rajin bagi susu kat anak memang la susu cepat kering (betul ke?). Ok. Dah hepi lepas dengar kata-kata mak cik bidan terbaik dari ladang tu.

Baby sitter? Alhamdulillah dapat yang memang fully support breastfeeding.. memudahkan kerja Ticer. Tak payah explain lebih-lebih macammana nak buat dengan stok susu tu.. dia lebih arif.. walawehhh... suka amat!! J

Banyak nak cerita lagi tapi takut berjela-jela panjangnya.. ni pun dah melebih-lebih dah ni.. J doakan Ticer berjaya susukan Amni sampai 2 tahun yer... and doakan Ticer kuat dalam menjaga, mengasuh dan mendidik Amni sendirian di rantauan ni... J

:.. Hari-hari tertidur kat sekolah.. baru merasa cabaran ibu membesarkan anak kecil.. 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan