Thursday, February 16, 2012

Dulu saya baca...sekarang ni murid pulak..? ;)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 9 minggu.. harapnya baby membesar dengan sihat dan kuat sekuat umminya yang menempuh dunia penuh mencabar dengan berdepan murid-murid yang pelbagai kerenah...cewah ayat...

Dua hari sudah time Ticer tengah busy edarkan worksheets kat students Ticer terperasan la ada sorang murid tu khusyuk benar menundukkan kepala... macam memerhatikan sesuatu kat bawah meja sampai tak perasan Ticer memang berdiri betul-betul kat belakang dia...  rupanya dia tengah baca komik.. patutla tertunduk-tunduk.. ye la kang letak komik tu atas meja memang obvious sangat la kan. Tu yang dia buat gitu rasanya.. tapi dia tak tau mata Ticer sangat tajam  setajam eagle eye.. cehh poyo... maka dengan kuasa yang ada Ticer pun 'meminjam' seketika komik tu.. 

Komik ni pernah Ticer baca satu ketika dulu... sampai berebut-rebut dengan kengkawan yang lain. Tapi dulu tebal n saiz agak besar.. ni saiznya kecik je... rupanya penangan komik ni berlanjutan sampai sekarang ni... hehe... tapi Ticer tak de la baca time cikgu mengajar dulu... nak kena debik sebijik? Patut la penuh khusyuk budak tu... ingatkan buat kerja sekolah rupanya buat kerja lain... masa Ticer mintak tu tergaru-garu kepala dia antara nak bagi dengan tidak...nak tak nak terpaksa la bagi... kalau tak.....tak tau la apa nak jadi.. haishh mana ada denda la... Ticer tak suka tau denda-denda pelajar ni tau... :D

Nak tau komik apa? Jeng jeng jenggg... J


:.. Tersenyum Ticer sorang-sorang.. tak sangka ada jugak murid yang ‘mengikut’ Ticer baca komik doraemon tu sekarang ni... hehe... membacalah di mana sahaja.... asalkan bukan masa cikgu mengajar.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

6 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan