Saturday, April 28, 2012

Menunggu masa untuk ke sana pulak..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Last week balik negeri jelapang padi. Nak lepaskan rindu di samping menolong ustat baba dan ustajah mama membuat persiapan bercuti sikit.. Alhamdulillah sejak pencen ni rezeki mereka bertambah. Dapatlah pergi umrah dan ziarah ke Egypt a.k.a Mesir.. nak melawat kembali tempat mereka pernah menuntut ilmu satu ketika dulu..

Rasa terusik sikit sebab Ticer tak dapat ikut... huhu... tapi bak kata ustajah insyaAllah satu hari nanti Ticer akan jejak kaki ke sana jugak... jeles nih sebab tak dapat ke Mesir.. cita-cita satu ketika dulu nak sambung belajar kat sana.. tapi ya lah perancangan Allah mengatasi segalanya...

Hari ni ustat dan rombongan akan ke Madinah... menunggu mesej dan panggilan dari sana ni.. excited sebenarnya nak dengar cerita dari sana... siap kirim kamera lagi kat ustajah.. mintak beliau ambik gambar banyak-banyak.. heee.. :D


Rombongan umrah akan pulang ke tanah air pada 9 Mei depan... Ada mintak ustajah belikan kurma nabi... maklum ja la Ticer ‘naik hantu’ sket ngan kurma ni... dah alang-alang ustajah dan ustat kat sana so mintak la tolong belikan kurma tu seguni... ;)

:.. Harap satu hari nanti giliran Ticer, Mr.Zauj dan baby pulak dijemput ke tanah suci... insyaAllah J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

1 geng suka bebel:

Rina Rahamat said...

insya-allah giliran ticer dan akak akan smpi jua jika diizinkan Allah kan :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan