Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jumaat lepas – Ticer join satu discussion kat sekolah.
Pasal penyemakan semula bacaan Al-Quran. Sebenarnya ramai antara kita tak tahu (termasuk tuan punya blog) banyak bacaan
Al-Quran kita salah. Tu sebab beruntungnya kalau ada orang yang prihatin dan
mahu join kelas Al-Quran macamni. Ustaz tu cakap sia-sia kita khatam 20 kali
tetapi bacaan kita satu pun tak betul. Macammana nak dapat syafaat kat sana
nanti? T_T
Ada la sedikit ujian dari ustaz tu. Mintak Ticer dan kawan-kawan baca beberapa ayat. Alhamdulillah Ticer dapat membaca dengan betul (even time baca tu agak was-was..takut tersilap). Syukur sangat disebalik kesibukan melanda dengan kerja yang bertimbun-timbun masih lagi mampu mengingat cara bacaan yang dipelajari masa kat sekolah dulu.
Ada la sedikit ujian dari ustaz tu. Mintak Ticer dan kawan-kawan baca beberapa ayat. Alhamdulillah Ticer dapat membaca dengan betul (even time baca tu agak was-was..takut tersilap). Syukur sangat disebalik kesibukan melanda dengan kerja yang bertimbun-timbun masih lagi mampu mengingat cara bacaan yang dipelajari masa kat sekolah dulu.
Minggu depan insyaAllah join lagi kelas tu . Seingat Ticer la ustaz tu cakap kalau kita
tersilap baca dikhuatiri boleh mendatangkan dosa pada kita. So benda macam tu
yang sangat ditakuti. Apapun pada kengkawan yang lain jom sama-sama kita buat
ulangkaji ok..? luangkan sedikit masa untuk membetulkan bacaan Al-Quran.
Kadang-kadang kita rasa kita dah fasih membaca Al-Quran tapi kita tak sedar
mungkin sebenarya terdapat kesilapan sepanjang bacaan kita. Cuba la bertanya
pada yang arif. Ticer nak ajar pun bukannya pandai sangat. Ticer pun banyak
bertanya jugak andai terasa tak berpuas hati dengan bacaan sendiri. Lagi kita
belajar sebenarnya lagi banyak ilmu yang kita dapat...
Kalau rajin-rajin cuba kengkawan rujuk sistem Qiraat
Hafs ‘An ‘Asim.
:.. Selalu tengok orang eja Tarawikh dan bukan Tarawih (bukan semua). Kalau ikut ejaan arab ejaan tu kurang tepat kan sebab menukarkan huruf ح kepada خ.. ke tak jadi masalah bila kita tukar ejaan macamtu? Tak lari maksud ke? Sekadar bertanya pada yang lebih arif.. :) wallahua'lam..
6 geng suka bebel:
wah untungla ticer..
kat skolah ke kat mana?
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/cantiknya-kurma-puasaku-kali-ini.html
saya pon tak taw pasal ejaan tarawih tu.. huhu...
tapi saya puji ticer sebab sudi belajar balik bacaan al-quran yg betul. ade sesetengah tu tak hingin, sebab fikir ape yg dorang belajar tu da ckup.. :)
takot gak ni..mmg leh baca quran.tapi x pasti leh ke baca dgn betul...
@qasehraihan kelas tu kat sekolah.. alhamdulillah.. syukur Allah bagi kesempatan untuk hadiri kelas ni
@Zeera Az Zahra eheh jangan la puji2... biasa aja.. ada peluang depan mata tu yang Ticer pergi :)
@Ca Cik Duyung itu la yan risau sangat tu... huhu...
Post a Comment