Monday, January 21, 2013

Mereka tidak bersalah.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru lepas sedih.. Allah... tak tahan tengok gambar bayi-bayi comel yang tak bersalah dibuang, didera dan dibunuh.. Allahu Rabbi... apa salah diorang pada ibu dan ayahnya? Allah.... tak terdaya mengawal perasaan... bila tengok gambar-gambar wajah suci tersebut terus mata terpandang wajah sang anak yang enak dibuai mimpi indah.. Astaghfirullah.. kenapa segelintir manusia sebegini kejam? Kenapa dibunuh dan dibuang anak yang tak berdosa itu? Silapnya pada siapa? Siapa yang menyebabkan bayi itu lahir ke dunia?

Kalaupun tak nak anak tersebut tak boleh ke diletakkan dan diserahkan kepada pihak-pihak tertentu yang boleh menjaga anak tersebut? Orang lain bersusah payah berusaha untuk dapatkan anak tapi yang senang-senang dapat anak mudah pulak diorang buang anak tersebut.. seolah-olah anak itu sampah... astaghfirullah... urut dada kejap...


indahnya ciptaan-Mu

Sangat berharap satu hari nanti Islam kembali dijulang... bila Islam dipraktikkan sepenuhnya in sha Allah semua masalah macam ni akan mula beransur pergi. Ni satu ujian besar buat semua umat Islam.. Allah.. lemahnya iman Ticer.. hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa-apa....  T_T

:.. Maaf agak emosi sket entri ni.. sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati... jom sama-sama berdoa moga tak ada lagi gejala seperti ini berlaku... moga tiada lagi insan kecil yang comel lagi suci yang tak berdosa dibunuh tanpa belas... 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

1 geng suka bebel:

ZWAN SABRI said...

Tulaa.. kalau depa xmau, bagi kat zwan pon xpa.. zwan sanggup bela.. huhu

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan