Sunday, April 24, 2011

Tak ada ayat-ayat macam tu dah....

Assalamualaikum..hi all... memang sangat MALAS nak bangun pagi ni... peliknya orang yang tak drive ni yang letih melebih-lebih.. selalunya kalau saya drive tak terasa sangat letihnya.... malam tadi pulak TERTIDUR depan miss lappy sampai lah kul 4 pagi.. tersedar sebab terasa badan sakit..rupanya selambe je tidur atas lantai... 

Kalau kengkawan baca tajuk kat atas tu rasanya emo tak? saya okey ja... menaip sambil makan senyum ni... malam tadi sebelum mendapat panggilan mimpi saya sempat melawat teman-teman blogger saya yang lain... satu entri tu menarik perhatian saya... nak tau entri apa? nak tau ke tak nak? kalau korang tak nak pun saya tanpa segan silunya nak suruh korang baca jugak... kat mana nak baca? alaa senang je pun.... baca je kat SINI


Masa mula-mula saya join blog ni time follower tak berapa nak ada tu saya sebat je ayat-ayat shortform yang selalu saya guna dalam SMS.. sebab? mudah kot.. konon orang lain especially kawan-kawan saya boleh faham apa yang saya tulis... tapi bila follower makin bertambah dan saya semakin rajin buat ziarah kat blog-blog yang lain saya dapati susunan ayat mereka sangat lengkap.. maksudnya tak ada ayat-ayat cinta SMS nih... so start dari situ saya cuba la kurangkan penggunaan shortform yang kadang-kadang saya syok sendiri bahawasanya (cewah ayat) semua orang faham apa yang saya tulis/taip... 

:.. Sekadar nasihat dari saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni... gunakan penulisan yang memudahkan orang memahaminya... elakkan penggunaan tulisan ringkas/ shortform/ penambahan ewww di belakangnya... kita jangan syok sendiri konon penulisan kita cool tapi pembaca pening nak membacanya... okeh?? peace no war...  

:.. Masih cuba memperbaiki penggunaan tulisan/ bahasa yang betul... harap dimaafi. Apepun jom layan....





Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Anonymous said...

Haha, tahniah Ticer Wan. Sebenarnya Tira tak paksa untuk blogger berubah. Cuma berharap ia dilakukan dengan cara yang ikhlas. Lagipun anda seorang guru. Kena lebih berdisiplin dalam mencorakkan penulisan yang baik. Syabas! ^^

Akunyer said...

Miss Tira: sebenarnya dah lama dah sedar benda ni... cumanya ambil masa untuk mengubah mana-mana yang kurang... sebolehnya dah tak nak terpengaruh dalam bahasa sms ni... :))

다(da)양(yang) said...

ticer wan memang suka g blog orang n tinggal komen..bkn cm sy ni malas..huhu...:)

Akunyer said...

dayang: ihiks!! belajar dari blogger otai... tinggalkan jejak... baru belajar je semua tu :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan