Wahai cermin hikmat.....
Siapakah yang paling cantik antara kami?
Yang paling cantik antara kamu ialah orang yang baik akhlaknya...
Ihiks... saja ubah skrip..sesekali kan.. rasa jadi cam Queen jahat dalam citer Snow White a.k.a Putri Salju Di danau rindu... ihiks... berangannn
Manusia dikurniakan pelbagai perasaan oleh Allah...itu uniknya kejadian kita... perasaan gembira, suka, duka, marah, cuak and pelbagai lagi... Emosi marah- andai diletakkan di tempat yang tepat ia menjadi satu perasaan yang baik...Emosi marah ialah 1 cara ntuk menunjukkan ketegasan kita dalam melakukan tugas/kerja harian. NAMUN emosi ini menjadi satu yang negatif andai kita tergolong dalam golongan yang panas baran.. (sapa panas baran angkat tangan??)
Bila kita seorang yang panas baran, kita akan menjadikan emosi marah ini lebih agresif dari marah biasa... huhu bahaya kan? selepas saya mencari and membaca...terdapat empat kategori marah. jom let's let's check it out... yo yo...
Ø Cepat marah cepat sejuk
Orang yang dalam kategori ini mampu mengawal rasa marah. Namun begitu sekiranya kita tidak tertahan lagi menanggung rasa, perasaan ini mampu memberi kesan kepada orang sekeliling anda.. (uik...saya ke? ehh tidak tidak...) dianjurkan kepada orang dalam kategori ini untuk meminta maaf dan memberi maaf dalam kadar yang segera supaya keadaan kembali tenang seperti biasa... baru leh wat kerja ye dak?
Ø Cepat marah lambat sejuk
Beware of this kind of person.. hee... bahaya oo kalo naikkan kemarahan orang cenggini... sebab? kemarahan dia boleh bertukar menjadi benci dan dendam kesumat. Apabila adanya dendam dan benci ini maka kemarahan mereka akan berlanjutan dan akan menjadi barah sehingga dia sukar memadamkan wajah orang yang dibencinya... (uiii bahaya)..orang seperti ini memang sukar untuk meminta maaf. kalau disuruh pegi mintak maaf pun huii jauh langit dari bumi... jiwa masayarakat Melayu kebanyakannya macam ni.. So...??
Ø Lambat marah lambat sejuk
Susah nak jumpa namun kalau ada orang yang macam ni memang bahaya coz dia akan menyimpan marah yang lama pada kita. so jangan cuba menjolok sarang lebah kang tak pasal-pasal kita yang sakit. Kalau nak bersenda gurau dengan orang yang sebegini hendaklah berpada-pada... jangan terover plak.. Sekali dia marah..memang susah untuk pulihkan hubungan dengannya.
Ø Lambat marah cepat sejuk
Sangatla bagus sapa yang dalam kategori ni. penyabar dan pemaaf (bukan saya la kot... nak jadi macam ni..) dua sifat ini menjadikan kita mudah didekati and didampingi oleh orang lain. (best kan?) Ramai yang suka berkawan and meminta pertolongan dengan orang dalam kategori ni.. Tapi rasanya bukan mudah nak jumpa orang yang macam ni sekarang. bukan tak ada. ada tapi susah nak jumpa.
So manakah kita? cermin2 kan diri kita sesama... and sama2 wat perubahan untuk lebih baik.. :)
Boleh marah namun berpada-padalah... :)) diambil dan di modified dari sini
:. saya marah tanda saya sayang... ihiks
4 geng suka bebel:
salam perkenalan.. thanks sebab sudi singgah blog chekgu azrine...
Chekgu Azrine: ur welcome... thanks jgk sbb sudi singgah blog yg xseberapa nih... ukhuwwah fillah
Tira jenis "cepat marah cepat sejuk". Bro ery aka ehem ehem dalam kategori "Lambat marah cepat sejuk". Tapi orag lambat marah ni bahaya. Sekali kalau dia marah mahu terduduk kita mengenangkan nasib. Hahaha. :p
Miss Tira: wooo lambat marah cepat sejuk 2 yg riso 2... mmg pun..sekali dia marah haishhh lariiii... ;)
Post a Comment