Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Cuti seminggu- terbengkalai semua kerja dek kecuaian
sendiri.. terlupa nak bawak balik markah untuk di isi dalam sistem... Cuma dapat
isi beberapa markah je... tu pun sebab ingat.. harap sempat la nak mengisinya
bila balik ke sana nanti..
Dah alang-alang semua kerja tak menjadi Ticer
menghabiskan masa menonton movie Hafalan Shalat Delisa.. Ticer bukan penggemar
cerita/ filem dari seberang... tapi selalunya Ticer akan tengok bila
direkemenkan oleh kengkawan.. macam filem Ketika Cinta Bertasbih dulula...
kalau tak direkemenkan oleh kawan sampai ke sudah tak tengok... Korang dah
tengok cerita Hafalan Shalat Delisa ni? Best. Serius. Even grafik time tsunami
tu macam agak pelik tapi benda tu tak membantutkan hasrat untuk menonton sampai
minit terakhir..
Sangat tersentuh melihat ketabahan seorang anak kecil
berusia dalam lingkungan 6 tahun (mungkin) meneruskan hidup setelah kematian
ibu dan 3 kakaknya beserta kehilangan sebelah kakinya dek tsunami... selepas
kejadian itu dia hanya tinggal bersama ayahnya.. air mata dah bergenang gak la
time tu... tapi tak pe bukan ada orang perasan pun sebab tengok sorang-sorang. Ihiks.
Movie ni ada ditayangkan di astro first tapi
disebabkan tak melanggan cerita ni maka Ticer godek-godek Google mencari link
untuk download filem ni.. Memang betul la apa kawan Ticer cakap, cerita ini
lagi bermakna dan best dari filem OR.. sebab Ticer hanya tengok dalam masa 15
minit ja OR tu..terus off sebab erk mengantuk sangat jalan cerita dia... baca
novel dia lagi best Ticer rasa.. maap la pada peggemar filem tersebut.. lain
orang lain selera kan... Lagi satu tak da pun adengan sentuh menyentuh antara
lelaki dan wanita bukan mahram dalam cerita ni (seingat Ticer) la... tu yang
membuatkan Ticer selesa nak menonton hingga akhir... Tak perlu tunjuk aksi
kemban-kemban dan peluk-peluk pun cerita boleh jadi best.. ye dak? J
:.. Lepas tengok movie ni rasa nak jadi setabah
Delisa dan nak jadi insan penuh kasih sayang dalam mendidik dan menghadapi
kerenah anak-anak seperti ibu Delisa itu... J
10 geng suka bebel:
akak pun suka sangat citer ni...
saya da tgok citer ni .. :)
best dan bnyk pngajaran ^ _ ^
cter2 cmnie la bru bole bkk minda dr OR tu :P
SALAM TICER..
LAMA KAK BUI TAK SINGGAH SINI
TICER DH MENGAJAR AREA SARAWAK KER
OR tu memang ntah pape.. sorry to say to the fans, ianya tak lebih drdp tragedi cinta murahan.. novel dia sendiri jauh lebih drdp filem tu.
@Yatie Awang best kan kak? maap la baru sempat balas
@syahirah betulll sangat banyak pengajarannya
@adwafarahin citer ni baru meleleh air mata sebaldi :D
@Bui Junaidi Salam kak...saya pun dah lama tak blogwalking... saya kat selangor sudah :)
@Cik Gee rasanya pengarah filem tu nak buat cerita yang menyayat hati...tapi xkena selera bagi sesetengah penonton... betul novel dia lagi ok..
Post a Comment