Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Semalam keputusan rayuan
pertukaran guru keluar. Dalam kegembiraan teman-teman dapat berpindah dekat
dengan suami dan keluarga, ticer masih lagi berjauhan. Ya untuk sekian kalinya
gagal. Hancur, luluh, jiwa terluka. Tak tergambar dengan kata-kata.
Kekuatan sikit demi sikit cuba
dibina. Dalam masa yang sama tak terungkap ucapan terima kasih pada Puan
Penolong Kanan dan beberapa orang teman yang memberi semangat untuk terus berjuang di
sini.
Mr. Zauj, ustat baba dan sudah
semestinya ustajah mama turut terkesan dengan kegagalan ini. Dapat je keputusan
semalam terus SMS ustat baba biarpun dah lewat malam. Tak sanggup nak bercakap
dengan ustajah mama kerana yang pasti air mata yang akan mengiringi perbualan
kami.
Allah..berat rasa dugaan ini..
akan cuba untuk kuat dan terus kuat disamping terus berusaha mengisi pertukaran
akan datang.
:.. Sayu pulak petang ni..
2 geng suka bebel:
In Shaa Allah nanti mesti dapat tukar.. cuma lambat atau cepat je.. hihi.. Good luck Ticer.. ;)
alahai sedih pulak baca.. Mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik dugaan terpaksa berjauhan dengan orang tersayang ni. Saya doakan ticer kuat & tabah melaluinya
Post a Comment