Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Selamat Berpuasa 6 bagi yang
masih berpuasa. Yang dah lama dah habis tu tahniah. Apa nak cerita ntah.
Ok. Masa dalam puasa baru ni
selalu terbaca viral pasal update itu riak…upload gambar itu ini riak..pendek
kata semua riak la. Ramai yang share.. Ticer? Masih berkira-kira nak share tapi
tak share pun sebab rasa macam cepat sangat nak cop orang riak kan..macam kita
baik sangat. Apa salahnya kita positif sikit. Ada perkongsian dari teman-teman
kita tu yang dapat salurkan maklumat pada kita. Sapa tau kan…
Contohnya…macam ticer dulu anak 1st
memang zero bab sediakan stok susu..bab pumping session tapi bila tengok kawan
upload dan update pasal penyusuan beserta gambar-gambar yang ada terus ticer
mesej dia tanya..mintak tips camna nak buat.. takkan bila kita tengok kawan
kita berjaya dalam penyusuan anak kita nak kata dia riak sebab share rahsia
kejayaan dia?
Macamtu jugak kalau kawan upload
gambar pi makan sana sini..mungkin niat dia nak share ada banyak tempat makan
menarik yang boleh kita pi kalau kita lapang. Nak tau kat mana kena la tanya tuan
punya yang upload gambar tu.. kan?
Kalau ada teman kita pos pasal
anak-anak dia kita boleh tanya cara nak didik anak ikut acuan agama.. ini tidak
kalau kawan-kawan pos pasal anak semua riak..tapi kalau selebriti ke personality
yang diminati update status pasal ni ok plak kita share kan? Siap tag kawan-kawan yang lain lagi..
Banyak lagi benda yang kita boleh
ubah pemikiran kita. Siapa kita nak kata orang tu riak orang ni riak..hebat
sangatkah kita? Urusan riak atau tak tu urusan dia dengan Maha Pencipta..
bersangka baik itu lebih mulia kan..? asalkan dia tak upload/ update
lebih-lebih bagi ticer tak menjadi masalah pun.. apapun kena berpada-pada la.. jangan
sampai apa yang kita update dan upload tu mengundang bahaya pulak pada kita.
Ada bermacam-macam status dan
gambar dari teman-teman yang kita boleh pusing dari negative kepada positif. Gamak
tak tahan sangat unfollow je kawan tu atau hide je status yang mengganggu hati
dan emosi kita.. J
Ni cuma pendapat dan pandangan
Ticer.. nak setuju ok tak nak setuju pun ok..masing-masing punya pilihan kan..?
:.. Selfie takpa jangan selfish.. ;)
2 geng suka bebel:
those yg suka komen negative dalam entri or status FB org tu adalah masalah hati sebenarnya. dengki dalam hati tinggi sangat. Blog or FB org, dia punya suka lah an nk tulis apa pun.
if tak suka jgn follow wall dia. habis cerita. Hehe. btw, salam kenal :)
@Zie Madini salam kenal jugak..tq singgah sini.. itula tu.. suka sangat sangka buruk dengan orang kan.. ada masa kita cuma nak share je tapi disalah anggap...
Post a Comment