Showing posts with label gobek sirih. Show all posts
Showing posts with label gobek sirih. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Pernah guna benda ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Esok UPSR.. berdebar, cuak, menakutkan= perasaan Ticer... yeahh serius... rasa Ticer yang melebih-lebih takut... huhu... sentiasa doakan dorang mampu menjawab exam dengan sebaiknya....

Korang pe kabar pagi ni? Dah breakfast? Perut meragam tak tau apa sebab ni..hadeiii....

Psst..nak tanya... pernah tengok benda ni? Tau apa nama dia? Tau apa kegunaan dia? Hehe...saja je kan Ticer ni... macam dia sorang je penah tengok...



Ini gobek sirih... bahasa standard pun gobek sirih kan? Selalu digunakan oleh makcik-makcik atau nenek-nenek yang nak makan sirih tapi tak de kudrat untuk mengunyahnya..atau dengan kata lainnya tak de gigi... Masa kecik-kecik dulu Ticer suka melepak dengan makcik-makcik dan nenek-nenek waktu bekwoh (kenduri) sebab bleh memakan sirih.. ohhh sangat suka.. biarpun ada yang melarang Ticer dari memakan sirih tu tapi tetap nak makan jugak... disebabkan terlalu manja *uwekkk..tolongla* so ada la yang tolong lumatkan ramuan sirih dalam gobek ni...

Lepas dah lumat dorang keluarkan sirih dan bahan-bahan yang lain dan bagi Ticer makan... rasanya? Macam sirih la.. hohoho...


Sekarang ni nak makan sirih buat sendiri je la... hoho... mengada-ngada macam dulu? mau kena lempang... kuikuikui

:.. Macam tak pernah jumpa dah gobek sirih ni... yang dok jumpa tepak sirih je.. J Korang ada pengalaman makan sirih dengan  gobek sirih ni tak?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan