Showing posts with label jubah. Show all posts
Showing posts with label jubah. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Terima kasih atas keprihatinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni dah bertambah lagi seminggu... dah masuk 33 minggu... lebih kurang 7minggu je lagi kan.. tu kalau ikut doktor la.. tapi tak tau la bila si anak ni nak say hi to the world.  Berharap dalam jiwa raga dan bakul biarlah selepas raya... heee bagi chance kat ummi dia nak memakan habis-habisan ketupat, kuih-muih semua.. :D

Ticer seorang yang sangat fanatik jubah.. :D boleh ke guna fanatik tu? Time pregnant pun banyak pakai jubah.. ye la kekadang ada jubah yang tak sesuai dipakai ketika pregnant. Sebab? Menampakkan perut yang jelas membulat dari minggu ke minggu.

Sampai la satu ketika kat sekolah tadi seorang uncle yang sangat la baik yang bekerja di ofis menegur Ticer. Katanya jubah yang ticer pakai tu dah tak sesuai dengan keadaan Ticer sekarang ni even saiz yang dibeli tu besar satu saiz dari yang biasa dipakai waktu slim (slim ke?) dulu. Heh! Malu ya amat kot kena tegur camtu. Malu kat sini bukan sebab terasa maruah diconteng, dicoreng/ dicarik-carik. Tapi rasa malu dengan ketidak pedulian terhadap keadaan diri sendiri. Orang lain plak yang concern kat diri Ticer.. haishh apa la Ticer ni...


So SMS zauji yang berada nun jauh di utara sana. Beliau cakap kalau cenggitu tak boleh pakai dah la jubah tu. Pakai je la baju yang sesuai untuk pregnant woman macam Ticer nih yang dah bergudang-gudang dalam almari tu (ok ni ayat tambahan.. Zauji tak cakap bergudang-gudang pun). Erk ada harapan dapat baju baru tak Incik Zauji? *wink wink* kan raya dah dekat ni.. hehe...

Apapun rasa bersyukur dan berterima kasih sangat sebab ada yang mengambil peduli tentang Ticer.. terasa diri begitu berharga... J

:.. Penat tunggu ending Dejavu Kinabalu tu... cerita yang terlebih mengagungkan cinta manusia... haishhh.... sangat tak best :D


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan