Sunday, April 17, 2011

Solat moh....

Hari ni saya terasa nak berpantun...sesiapa nak komen pun kena wat pantun jugak tau... ihiks... :))

Berbaju kurung bertudung labuh

Berkain songket berselipar jepun

Awal pagi dah sembahyang subuh

Agar hidup sentiasa rukun.



Pagi-pagi minum kopi

Bekalan utk perjalanan ke Johor

Pandu kereta berhati-hati

Masuk waktu sembahyang Zohor



Org kaya berkereta besar

Sambil bersembang mkn kacang

Bila tibanya waktu asar

Itu tandanya hari dah petang



Waktu petang menjamah roti

Roti dibeli di kedai encik Syarib

Mulut ibu tak henti-henti

Menyuruh adik sembahyang maghrib



Wanita cantik lelaki kacak

Hulurkan senyuman muka berseri

Bila mlm sembahyang isyak

Baru cukup 5 waktu sehari...



(Ayuh solat)




:. Solat itu tiang agama.... andai tiang tak terjaga maka robohlah binaannya... justeru jagailah tiang itu sebaiknya...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Cik Puan Izan❤ said...

hai...^__^ tumpang lalu...xpandai berpantun pantun...hehehe...

Akunyer said...

Cik Izan: hehehe...xpe la... :))

mykhalis said...

Bunga cangkir tepian lalu,
Kuda padi menabur jasa,
ada mungkir solat selalu,
Rahsia hati lupakan dosa.

Dosa tidak ada henti,
rezeki tiada rahmat berkat,
Solat tidak jangan lewati,
Hati gembira selamat akhirat.

hahhaa.. camne..blh tak?

Akunyer said...

whoaaa tak sangka pandai jugak berbalas pantun ehh... :))

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan