Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Penatnya... sampai je dari men-drift kereta orang terus kena buat kelas... huhu.. tadi pegi wat facial treatment.. *biasala nak tawen kan..ihiks* gila ahh... pedih ya amat masa dorang buang bintik hitam putih semua.. ni nak share something... sebenarnya ni dari emel Ticer... dah lama dah terperam dalam tu... so saja la nak kongsi-kongsi.. tak ubah apa pun ayat-ayat dalam ni.. jadi bacalah yer... dan sama-sama hayati...
"Wanita ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi berakhlak buruk, tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong daripada ilmu. Ibarat bunga, ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang nampak kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar, tetapi apabila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil, tetapi itu adalah kemanisan iman yang dirasai oleh wanita solehah.
Kerana itulah, sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah. Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang, dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah. Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah (Mardhatillah).
Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.
Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.
Mereka yang memegang prinsip 'No Women No Cry' bukanlah manusia yang waras akal fikirannya. Sedangkan Nabi Adam yang sempurna pun merindukan Hawa, inikan pula kita manusia yang biasa. Nabi Adam sanggup menggadaikan satu tulang rusuknya untuk dijadikan Hawa. Sanggupkah kita?
RENUNGKANLAH...
18 geng suka bebel:
sob sob sob,..berbangga lah mnjadi seorg wanita tp msih rmia wnita yg still xrtei nk appreciate dri sndri,.hurmm,.rugi!,.mmg rugi,..
CN: yer betul tu... lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada.. :)
banyak lebihan wanita ..
jagalah sebaik2 nya ^^
bersyukurlah kerana kita wanita... lelaki tolong jaga wanita di bawah jagaan anda tau ihiks
Orang yang memegang prinsip "No woman no cry" tu adalah gay dan orang yang memegang prinsip "single is better" itu adalah orang yang forever alone. Hehehehe.. :p
Bro Ery: wahh cam tu ekk? baru tau... haha...
woww...tau x..sy xpernah pun buat facial..sbb sume org cakap pedih..jd takut..huhu
qasehraihan: memang pedih tapi lepas tu best.. hehe... :D
ala... klu yg ckp no men no cry plak cm ne?
JaRyiE jEmArYiE kOo: yang cakap macam tu segeng la yang cakap no woman no cry tuh... ihiks...
sy berbangga menjd wanita.... :)
akulahct: ye... bersyukur... wanita ciptaan istimewa
ehh nak kawin ke?bila..hehehe
Arulchelsea: ihiks! malu la tanya soklan tu..insyaAllah tak lama lagi.. :)
seri2 pengantin dah ada la ni..dah mula saling berpesan2..jiwang la tecer nie
Khalis: jiwang? belajar dari Khalis la ni jiwang-jiwang.. :p
sesungguhnya ramai lagi wanita yang tidak mengetahui keindahan mereka..mereka meilih jalan untuk membusukkan diri..sedangkan mereka ialah perhiasan paling indah didunia..
lelaki yang mengamalkan konsep no woman no cry ialah seorang yang gay part time hehe(hahah lawak kasar plak)
hehhe ticer sekarang dah nak kawen ye..jaga permakanan ye insyaAllah bila perut ok..kesihatan lain pun akan join jadi ok gak.hehe..
saya bertuah dilahirkan sebagai seorang perempuan.. :)
Post a Comment