Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Mesti ada antara kita pernah terdetik pertanyaan macam ni kan? puas berdoa siang malam...menginginkan sesuatu yang baik dalam hidup tapi akhirnya hampa... sesudah itu terus berpaling dan tak mahu lagi meminta pada Dia yang punya kuasa....
Sebenarnya doa yang mencukupi syarat dimakbulkan dalam tiga cara:
1) Diperkenankan doanya dengan dikurniakan segala macam benda yang dihajati ketika didunia lagi
2) Doanya diperkenankan namun hajat yang dikehendaki disimpan dan di akhirat kelak barulah hajatnya itu akan diberi.
3) Doanya dimakbulkan namun tidak ditunaikan sesuatu yang dihajati tetapi diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya”.
Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad)
Justeru itu janganlah kita patah semangat. Teruslah berdoa kerana Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa berdoa pada-Nya. Dan sebenarnya manusia tidak menyedari bahawa doanya telah diperkenankan namun mungkin hajat yang dikepilkan dalam doa itu disimpan dahulu / diganti dengan sesuatu yang lebih baik buatnya....
Wallahua'lam...
:..dibaca dan diubahsuai mengikut bahasa Ticer... Himpunan Tazkirah disini
12 geng suka bebel:
Owh.. kiranye doa2 yang x dimakbulkan tu sebenarnye dimakbulkan la ek tapi cuma cara ia dimakbulkan itu dengan cara lain... Thanks for da info.. ;)
Allah akan perkenankan doa hamba-Nya yang benar-benar ikhlas, insyaAllah... jangan putus harap..teruskan memohon dan meminta
doa2 yg baik & membawa kebaikan pd diri sendiri & orang lain Insyaallah di perkenankan/di makbulkan
TERKINI : CIKGU SHIDA SEMUA ADA, KAU APA ADA?
TERKINI : LAWATAN BERHANTU
TERKINI : CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI
Cik Lekit: ye betul tu... jom kita banyakkan doa untuk kesejahteraan semua
xkn berputus asa berdoa..tx 4 sharing :)
kalau doa kita tak dimakbulkan , jgn cepat mengluh sebab kadang2 ada sebab kenapa doa tu tak dimakbulkan demi kesejahteraan hidup ;)
Doa tanpa usaha juga tidak akan membuahkan hasil. Allah tidak suka manusia yang tidak berusaha dengan apa yang orang itu doakan. :)
thanx for the info..bru sy tahu,Allah pasti akan makbulkan doa sy utk beroleh zuriat 1 ari nnt..terima kaseh..
adwafarahin: yer.. sekadar ingatan bersama...
Tia: ha'ah..memang kita tak boleh berputus asa...kena sentiasa panjatkan doa pada-Nya
Miss Tira: memang kena usaha dan berdoa.. tu kan satu gabungan ideal.. :)
Rin wahida: insyaAllah... usaha doa tawakal. yang penting sentiasa yakin dengan ketentuan-Nya
apapun kena terus berdoa..kan?
khalis: ha'ah..memang kena terus berdoa... :)
jazakillah khairan ticer :_)
Post a Comment