Setiap manusia tak pernah terlepas dari ujian... lain orang lain ujiannya..kenapa kita diuji? soalan ini sentiasa ditanya.. tahukah kita bahawa ujian diberikan kepada kita tanda Allah menyayangi kita... beruntunglah orang yang menghadapi ujian yang ditimpakan ke atas dirinya dengan penuh kesabaran :)
"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang ditimpakan pada kita. Cuba kita renung dan fikirkan hikmah disebalik apa yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai hamba-Nya sentiasalah kita memohon kekuatan hati dalam menghadapi cabaran dan ujian yang diturunkan oleh-Nya kerana kita hanya manusia biasa yang tak punya kekuatan dalam mengharungi ujian dalam hidup ini.
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah.. Sesungguhnya Allah bersama dengan kamu. Kita perlu percaya bahawa Allah mendengar segala esak tangis dan kesedihan kita. Perlu kita ingat, ujian hidup yang melanda diri kita bukanlah satu penyiksaan tapi satu tanda bahawa kita insan terpilih.. bukan calang-calang orang menerima ujian hidup.. Bersyukurlah kerana dalam ramai-ramai orang kita mendapat perhatian dari-Nya untuk menerima sedikit ujian... Itu bukti bahawa Allah sangat menyayagi kita.. Sekiranya kita kuat dan redha dalam menghadapi tiap dugaan yang melanda, percayalah.... kita akan menerima rahmat dan keredhaan Ilahi... :)
:.. Janganlah bila ditimpakan ujian baru kita teringat pada-Nya... biarlah ingatan kita pada-Nya setiap masa tak kira waktu lapang atau sempit... moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur :)
20 geng suka bebel:
betul ticer, segala ujian yg diberikan tentu ada sesuatu disebaliknya, dengan redha, sabar kita hadapinya. Tuhan hanya ingin menguji sedikit sahaja dr hidup kita...
setiap ujian yang menimpa diri kita pasti akan ada hikamhnya.. kan ticer? :)
^^
ujian datang untuk mendewasakan..kih kih kih..bersabar lah... setip insan punya nyawa yg tersendiri..terokai hidup dengan nyata ada...
betol2.. sntiasa la b'igt :)
ALLAH uji hambaNYA mengikut kemampuan..
ujian tu tanda ALLAH sayang hambaNYA
org xkene ujian tu kene pikir2..
=d
beratnya ujian untuk ringankan dosa.
betul tu cer..ujian tu tanda allah sayang pada kita..klu kita sabar dengan ujian, maka dapat pahala lah kita
yatie Awang: ha'ah... ujian kan penguat iman... so kena sabar hadapinya
Bella: yeapp memang ada hikmah disebaliknya :)
Arul: ceria benar kamu ni Arul hehehe... :) betul... cabaran mendewasakan kita :)
Fyqa: :)
kokser kokdam: ha'ah betul tu ostat... orang banyak ujian maka dia makin kuat :)
amiyo: yap... betul :)
ibnubaba_04: itulah... jangan cepat melatah bila ditimpa ujian :)
baa~ CAK!!
ouh.. ys pun kena byk sabar ni..
@Azroy Kassim yeahh..memang kena banyak sabar
I.Allah..ujian ALlah tu semua untuk kita dekatkan diri kita kepadaNya..sentiasa sabar dan redha kalau diuji..=)
@Anak Wak Mail ye betul tu... kena banyak2 sabar dan kuat serta redha
betul tuh .. dugaan itu patut dijadikan sebagai satu cara untuk tingkatkan iman ..
er, ni kes pasal air takde ke ?
@iPaihaha bukan paal air tak de la.. :D
Post a Comment