Tuesday, September 27, 2011

Macam-macam perasaan hari ni...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah tepat kul 9 malam tadi Ticer selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar… hari ni penerbangan agak teruk dek cuaca yang tak berapa molek… ingat mati je la kat dalam flight tu… pengalaman berharga tu.. selama ni gegaran tak la seteruk tadi… syukur umur masih panjang Alhamdulillah
Pagi tadi sebelum bertolak ke KK Ticer pegi sekolah… bertemu teman-teman seperjuangan buat kali terakhir… lepastu students siap berbaris lagi nak bersalam.. pehhh syahdu.. tapi cover la dengan gelak-gelak Ticer yang kekonon manja tu…
Hujung tahun ni Ticer pegi lagi ke sana… apa nak buat tiket dah beli kan… huhu beli sebelum tahu dapat tawaran pindah.. tiket murah you….baik sebat awal… tau-tau dapat pindah… so nanti pegi bejalan-jalan makan angin je la.. hmmm sebenarnya ada impian yang belum tertunai ni…
Mendaki gunung Everest Kinabalu
Dah lama teringin tapi tak kesampaian.. dah pindah ni bila pulak bleh tawan gunung tu ehh… huhu….
Time kat airport tadi terasa cuak juga bila tau yang berat baggage Ticer dah lebih 8 kg.. huhu otak dah ligat dok buat kira-kira tapi syukurlah orang kat kaunter tu cakap Ticer tak payah bayar pun… pehhh rasa nak berguling-guling je… 8kg tu… bukannya sikit… mungkin sebab dia kesian tengok Ticer yang buat muka seposen tu kot… korang reti buat muka seposen? Haaa cuba buat tengok.. :p
Ok la.. nak stop dulu… panggilan mimpi dah panggil… esok insyaAllah Ticer update lagi okeh… cau cin cauuuu….
:.. Debor nunggu minggu depan.. Kuala Selangor…wait for me ya! Gulp!!

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

7 geng suka bebel:

arituarini said...

debor nungu apa tu ..kih kih kih

RHI said...

Alhamdulillah selamat sampai..Amin

dee said...

wawawawa.. tahniah ! dapat pindah kuSel. welcome to selangor. mostly sk bermasalah. hehe... :p

Anonymous said...

dah pindah dah. kes rayuan ke

cik sakdi said...

ticer. citer la ape yg best kat KK.sbb taun depan kitorang 1 family rancang gi jalan2 sana. plan nak beli tiket awal. pergi balik RM100 je. haha

mykhalis said...

pindah nak kawen ni..hehe

Anak Wak Mail said...

saya pon teringin nak naik gunung kinabalu..jom ticer kita pi!hihi..

kuala selangor,,dah dekat dengan rumah saya tu..:)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan