Showing posts with label e-gtukar. Show all posts
Showing posts with label e-gtukar. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Tak perlu layan sangat rasa kecewa dan sedih tu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

19 Mei (hari ni) kengkawan guru mula sibuk menyemak keputusan pertukaran antara negeri untuk bulan 6 nanti.. termasuk la Ticer.. the result is.....

keputusan yang buat mata terbeliak seketika
Memula tengok tu bergenang jugak air mata.. yeahh terkejut bila tau TIDAK DILULUSKAN... sebelum ni tak de la terasa nak nangis sangat.. tapi bila dah berbadan dua camni emosi dia lain macam sikit..

Apapun sekarang dah ok.. dah berjaya memotivasikan diri supaya menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka.. Allah ada sesuatu yang lebih baik yang mungkin Ticer sendiri tak tahu.. Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Sedih, kecewa itu biasa namun Ticer tak boleh terlalu melayani perasaan itu kerana perasaan itu boleh memberi kesan yang tak elok bukan saja pada kesihatan Ticer tapi juga kepada si kecil yang sedang bersilat di dalam perut ni...

Moga satu hari nanti Ticer dimurahkan rezeki untuk kembali berkhidmat di negeri tanah tumpah darah Ticer...

:.. Kepada teman-teman guru yang telah berjaya..tahniah diucapkan.. J nyata rezeki Ticer masih lagi di Kuala Selangor.. J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan