Showing posts with label silap oder. Show all posts
Showing posts with label silap oder. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Lain di hati lain pulak di mulut... adehhh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengahari tadi selesai sudah 2 subjek UPSR.. tinggal esok dan lusa... dan debaran makin kuat apabila tibanya hari terakhir (Khamis)... sangat berharap agar segala urusan anak-anak dimudahkan...amiin

Pernah tak korang mengalami situasi lain di hati lain di mulut? Ok sebagai contoh la kan... korang pergi satu gerai ni... dalam hati tu korang dah terniat nak oder roti kosong kuah banjir...  sekali g gerai tu korang bleh plak oder capati... pernah tak?
Al-kisahnya tadi Ticer pegi KFC... tak tau angin apa melanda tetiba teringin nak makan KFC... sampai je kaunter dengan konfidennya Ticer terus oder...

“Dinner plate satu set,”

Ticer pelik gak time tu apsal cashier tu asyik tanya berkali-kali...

“Dinner plate ke ,cik?”
“Aok..”

Kalau dah gedabak camni mau pening nak menghabiskannya
Lepas cashier dah masukkan oder semua kat mesin cash tu sampai la masa dia nak masukkan oder Ticer dalam bekas... Tadi Ticer take away je.. then Ticer terperasan dia masukkan 3 ketul ayam.. wahhhhh apsal leh salah oder nih? Dalam otak dok terbayang snack plate..alih-alih bleh mintak dinner plate... patutla dia tanya banyak kali... mesti tak pecaya tengok Ticer yang kecil molek *uwekk perasan* ni makan dengan banyaknya.. huhuhu...

Balik umah je dah terpikir-pikir macammana nak habiskan semua tu... setakat 2 ketul tu selamba je la bleh habiskan... ni dah ada extra seketul lagi....

:.. Pening bila makan melebihi had yang sepatutnya... ni la susah bila terfikir benda lain tapi mintak benda lain... huhu.. lepas ni nak oder apa-apa kena wat note kecik dulu la kot kan bagi mengelakkan kejadian macamni berlaku lagi... :D 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan