Saturday, March 26, 2011

Keletihan...kelelahan...

Saya cepat letih sangat sekarang ni.. pukul 8mlm confirm 'selamat'... kenapa ntah jadi camtu... pastu bangun seawal kul 4pg... pastu terkelip2 taktau nak wat apa (kan bagus bangun solat malam..apa daa) so puas la saya menggoogle punca-punca keletihan... tapi taktau la ada kena mengena ngan saya ke tak... 

Punca-punca keletihan

1.      TIDAK CUKUP TIDUR
Memang jelas jika anda tidak mendapat tidur yang cukup. Secara negatifnya ia akan mengganggu konsentrasi dan kesihatan anda. Orang dewasa sepatutnya mendapat 7-8 jam waktu tidur setiap hari. (kira-kira balik memang cukup 8 jam...)

2.      “SLEEP APNEA”
Sesetengah orang menyangka mereka telah tidur secukupya tetepi rup-rupanya “sleep apnea”. Secara ringkasnya ia menghentikan  pernafasan anda sepanjang malam. Setiap kali gangguan  akan membangunkan anda untuk seketika tetapi anda mungkin tidak ambil peduli. Kesannya anda akan ketagihan tidur walaupun telah menghabiskan 8jam tidur semalam. (cam terkena kat diri sendirik)

3.      TIDAK CUKUP MAKAN
Tidak cukup makan juga boleh menyebabkan keletihan tetapi makan makanan yang salah adalah masalahnya. Mengambil diet yang seimbang membantu  mengekalkan kadar normal gula dalam darah dan mengelak rasa lemah apabila kadar gula dalam darah menurun.

4.      “ANEMIA”
Anemia adalah sebab yang menjurus kepada keletihan  bagi golongan perempuan. Kehilangan darah yang banyak ketika haid juga mengakibatkan kekurangan zat besi (iron) yang mana berbahaya kepada golongan wanita. Sel-sel darah merah diperlukan kerana mereka yang membawa oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan manusia.

5.      TERTEKAN
Anda mungkin rasa  adalah penyakit emosi bahkan ia juga menyumbang kepada masalah fizikal. Contohnya keletihan,sakit kepala da hilang selera makan. Jika anda rasa letih dan murung yang berpanjangan selama 2 minggu sila jumpa dengan doktor dengan segera. (erk..?)

6.      “HYPOTHYROIDISM”
Thyroid ialah kelenjar kecil pada bahagian depan leher anda. Ia mengawal kadar metabolisme, kelajuan badan menukar makanan kepada tenaga. Apabila kelenjar tersebut tidak aktif dan fungsi metabolisme rendah anda akan rasa lemah dan berat akan berkurangan.

7.      PENGAMBILAN “CAFFEINE” BERLEBIHAN
Caffeine boleh memperbaiki kecerdasan dan konsentrasi mengikut dos yang sesuai. Tetapi apabila berlebihan ia akan meningkat kadar jantung, tekanan darah. Ada kajian menunjukkan sesetengah orang mengalami keletihan apabila mengambil caffeine  sera berlebihan. :D

8.      JANGKITAN SALURAN KENCING TERSEMBUNYI
Jika anda pernah mengalami jangkitan saluran kencing anda terdedah kepada rasa sakit, tergesa-gesa(kencing tak lawas). Jangkitan initidak memberi tanda-tanda awal melainkan anda keletihan.


9.      “DIABETES”
Secara abnormalnya, penghidap diabetes mempunyai kadar gula yang sentiasa tinggi dalam saluran darah bukan dalam sel badan yang ditukar ke dalam bentuk tenaga.dengan itu anda akan berasa sangat letih.

10.  DEHIDRASI
Keletihan anda adalah tanda badan anda terhidrat (haus). Samada anda kerja luar atau di pejabat, badan anda tetap memerlukan air untuk bekerja dengan baik dan menyejukkan badan.

11.  SAKIT JANTUNG
Apabila anda terasa penat atau sangat letih setelah melakukan aktiviti ringan seperti menyapu sampah atau berkebun, itu tandanya jantung anda tak mampu meneruskan tugas itu. Jika kamu rasakan yang ia kerap kali terjadi sehingga menyusahkan anda meneruskan sebarang tugas walaupun benda yang mudah, sila berjumpa dengan doctor.

12.  PEKERJA SYIF MALAM
Bekerja pada waktu malam sebenarnya mengganggu “jam dalaman” anda. Anda akan rasa letih apabila dikejutkan malah akan menghadapi masalah tidur pada waktu siang.

13.  “CFS DAN FIBROMYALGIA”
Jika anda mengalami keletihan lebih dari 6 bulan dan lebih teruk jika anda melakukan aktiviti harian, anda mungkin menghadapi sindrom keletihan  yang kronik ataupun fibromyalgia. Banyak lagi tanda-tanda bagi penyakit tersebut tetapi kesan ketara ialah keletihan.



Macam ada sedikit terkena pada diri ini... so camna nak elak semua 2??

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

0 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan