Thursday, March 3, 2011

Bangau oh Bangau

syukran incik Google



Bangau oh Bangau kenapa engkau kurus
Macammana aku tak kurus rumput panjang sangat
-
-
-
-
-
-
Ular oh ular kenapa nak makan katak
Macammana aku tak makan memang makanan aku



ihik penah dengar kan lagu ni?
aci potong jari la kalau tak penah dengar...
Masa kecik2 dulu time nyanyi lagu ni tak dapat nak agak apa yang cuba disampaikan
tapi lama2 bila dah cukup besar ni barula tau lagu ni sebenarnya lebih kepada menyalahkan orang lain....

kita ni pun tak penah lari dari budaya ni... budaya menyalahkan orang lain....

pernah jumpa dialog ni tak? "Kenapa tak lulus ni?" "Ala lecturer 2 ajar tak faham la,"
Sekarang ni mungkin dialog ni plak yang glemer "Apsal tak siap keje nih?" "FB punya pasal" ngaaa tak fasal2 FB yg salah...kui3.. kita sering menyalahkan orang lain atas sebab kegagalan kita... asal kita gagal ja kita tuding jari kat orang lain. asal tak siap keje je kita salahkan orang lain jugak.. hmmm elok kah sifat yang sebegitu? (erk...sayakah?)

Saya pernah dengar orang tua2 cakap... "1 jari tuding kat orang..4 lagi jari tu kembali kat diri sendiri," maksudnya orang2 lama pun tak benarkan kita membudayakan sifat menyalahkan orang lain.... btul tak...? ye lah kenapa perlu salahkan orang lain kalau sebab musabab benda tu berlaku atas kesilapan kita sendiri.... 

Macammana nak elakkan benda ni?

  • sentiasa bermuhasabah... bukan terus-terusan mencari kesalahan orang lain tetapi membuat sedikit correction dalam diri kita... 
  • memaafi semua kesalahan orang sebelum kita melelapkan mata...ini dapat menghindarkan diri dari terus menyalahi org...
  • Sentiasa ingat bahawa agama kita tidak pernah ajar penganutnya sifat yang mazmumah (tak elok) ini....
So...sama2 kita elakkan diri dari terus menuding jari mencari kesalahan orang lain... bila kita menyalahkan orang lain seolahnya kita merasa bahawa kita ni tak pernah melakukan apa2 kesilapan... seeloknya sama-samalah kita melakukan sedikit muhasabah diri untuk menyucikan jiwa kita dari semua unsur-unsur negatif.... :) tepuk dada tanyalah iman....

~Sedikit pendapat 20sen dari saya


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

0 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan