Showing posts with label jom sihat. Show all posts
Showing posts with label jom sihat. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Tak sedap tapi telan jugak... :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah masuk hari Jumaat... maksudnya tinggal lagi 2 hari Ticer kat rumah... Ahad ni bakal berlepas pulang ke Sarawak Kuala Selangor.. J dah mula tak sihat... simptom biasa bila dah nak habis cuti... ustajah mama pun senyum-senyum je... siap usik lagi.. simptom tak nak tinggal rumah ke tak nak tinggalkan Mr.ABC...? adeii terkulat-kulat malu la pulak.. serius la tak nak tinggal umah.. ahaks!

Time-time cenggini yang tinggal hanya beberapa minggu ni tetiba hormon upside down.. giler kentang la... tetiba jerawat yang dulunya menyepi dari hidup membiak bagai cendawan lepas hujan.. haishhh.. risau oo... dah telan macam-macam ubat.. dah sapu macam-macam ubat... tradisional pun dah... moden pun dah... pengubatan cara Quran sedang giat dilakukan... 

Lepas tu sepupu mintak Ticer buatkan satu jus... weiii seksa oo nak menghabiskan separuh gelas tu pun... tapi bedal jugak la sambil tutup hidung... jus tomato... Ticer memang kureng sikit dengan tomato.. sayur/ buah lain I bedal je... tak tau la kenapa tomato tak menapak dihati.. kalau ustajah buat salad pun mesti dia potong kecik-kecik tomato tu supaya Ticer dapat makan... cumanya tomato yang dimasukkan dalam kari/ tomyam je Ticer dapat makan biarpun besar gedabak.. kenapa? Yang tu tak tau la pulak...

Jus yang Ticer buat malam tadi.
Abaikan pemandangan yang tak enak
Susah nak lari dari minum jus tu sebab pemantau ada... selagi tak minum selagi tu la nama Ticer akan dikeloi (dipanggil)... biarpun minum dengan muka yang mencuka..rasa happy bila dapat habiskan jus tu.. ahaks! Misi malam ni jus tomato lagi.. cewahh...

Khasiat tomato boleh tengok SINI

:.. Biasanya yang tak sedap di tekak kita tu la yang baik untuk kesihatan kan? J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, March 26, 2011

Suka sangat ngan contact lense... TAPI


Start memandai2 pakai contact lense time 3rd year kat kampus... time 2 pakai yang clear... naper pakai? saje nak try la... sib baik ada keberanian time nak masuk n kluarkan contact lense (CL) dari mata... ada sesetengah orang seriau atau dengan erti kata lain takut/ngeri nak contactkan lense 2 kat mata...

Pastu stop dah sebab tak sempat pikio bab2 ni becoz of bz ngan aktiviti persatuan... so kembali berkaca mata...ehh pakai spek pun cun apa...kui3... ayat perasan la 2... tapi masalah melanda bila saya tak ingat kat mana saya letak spek mata... benda terjadi bila pas solat/ lepas siap2 nak g kuliah/ keja... cam nak nangis jer rasa bila cari spek tak jumpa... huhu..sian dak..?

Lepas tu terjumpa lak CL yang boleh dibeli on9.. ohh saya ni kekadang bleh naik GILA jugak kalau bleh soping on9...nak2 plak dapat benda yang selalunya memuaskan hati saya.... CL on9 kebanyakannya lagi murah dari kat kedai... dah la warna cun2... boleh dapat dalam masa 3 hari bekerja (ikut tempat...kalo tempat saya ni almost a week gak brg baru sampai...) excited tak yah cakap la... mata pun jadi cun. eheh tak habis2 cun... tapi lama kelamaan saya perasan sumthing... mata saya cepat pedih bila pakai CL yang dibeli on9 nih... jangka hayat CL ni setahun bergantung pada cara penjagaan kita... tapi time saya beli kat kedai optometris 2 cakap CL boleh diguna sekurang2nya 3 bulan (if i'm not mistaken)

Kenapa yek pedih mata kalo pakai CL on9 nih? Seperti biasa pakcik Google akan membantu saya untuk membuat sedikit pencarian... saya terjumpa web berkaitan ngan CL on9 ni... Masalah pembelian CL berwarna secara on9 ni sebenanrnya sama dengan pembelian CL tanpa preskripsi. Maksudnya tiada pemeriksaan mata dari yang pakar... sungguh tak sanggup baca bila tuan empunya blog 2 membuat pemeriksaan kat pesakit dia... huhu

Hmm...lepas ni apa2 hal yang berkaitan CL saya akan refer dari optometris..mungkin agak mahal tapi takpelah...keselamatan 2 penting kan..Mata ni nak pakai lama... kalau rosak....takda ganti dah... sebelum ni saya tak tahu kesannya...bila dah tahu macam ni so saya akan elak... Mencegah lebih baik kan.. :) 

Bukan nak menutup periuk nasi orang yang berbisnes CL on9 ni.. tapi atas faktor keselamatan saya rasa patut kot saya mengelakkan diri dari terus-terusan membuat pembelian CL secara on9... serius takda niat nak tabur pasir kat periuk nasi orang.... 

Thanks to this owner 4 the knowledgeable information (aitcehh speaking broken English lak eden)

Contact Lense Berona-roni

Kanta Lekap
rembat kat google lagik







Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Keletihan...kelelahan...

Saya cepat letih sangat sekarang ni.. pukul 8mlm confirm 'selamat'... kenapa ntah jadi camtu... pastu bangun seawal kul 4pg... pastu terkelip2 taktau nak wat apa (kan bagus bangun solat malam..apa daa) so puas la saya menggoogle punca-punca keletihan... tapi taktau la ada kena mengena ngan saya ke tak... 

Punca-punca keletihan

1.      TIDAK CUKUP TIDUR
Memang jelas jika anda tidak mendapat tidur yang cukup. Secara negatifnya ia akan mengganggu konsentrasi dan kesihatan anda. Orang dewasa sepatutnya mendapat 7-8 jam waktu tidur setiap hari. (kira-kira balik memang cukup 8 jam...)

2.      “SLEEP APNEA”
Sesetengah orang menyangka mereka telah tidur secukupya tetepi rup-rupanya “sleep apnea”. Secara ringkasnya ia menghentikan  pernafasan anda sepanjang malam. Setiap kali gangguan  akan membangunkan anda untuk seketika tetapi anda mungkin tidak ambil peduli. Kesannya anda akan ketagihan tidur walaupun telah menghabiskan 8jam tidur semalam. (cam terkena kat diri sendirik)

3.      TIDAK CUKUP MAKAN
Tidak cukup makan juga boleh menyebabkan keletihan tetapi makan makanan yang salah adalah masalahnya. Mengambil diet yang seimbang membantu  mengekalkan kadar normal gula dalam darah dan mengelak rasa lemah apabila kadar gula dalam darah menurun.

4.      “ANEMIA”
Anemia adalah sebab yang menjurus kepada keletihan  bagi golongan perempuan. Kehilangan darah yang banyak ketika haid juga mengakibatkan kekurangan zat besi (iron) yang mana berbahaya kepada golongan wanita. Sel-sel darah merah diperlukan kerana mereka yang membawa oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan manusia.

5.      TERTEKAN
Anda mungkin rasa  adalah penyakit emosi bahkan ia juga menyumbang kepada masalah fizikal. Contohnya keletihan,sakit kepala da hilang selera makan. Jika anda rasa letih dan murung yang berpanjangan selama 2 minggu sila jumpa dengan doktor dengan segera. (erk..?)

6.      “HYPOTHYROIDISM”
Thyroid ialah kelenjar kecil pada bahagian depan leher anda. Ia mengawal kadar metabolisme, kelajuan badan menukar makanan kepada tenaga. Apabila kelenjar tersebut tidak aktif dan fungsi metabolisme rendah anda akan rasa lemah dan berat akan berkurangan.

7.      PENGAMBILAN “CAFFEINE” BERLEBIHAN
Caffeine boleh memperbaiki kecerdasan dan konsentrasi mengikut dos yang sesuai. Tetapi apabila berlebihan ia akan meningkat kadar jantung, tekanan darah. Ada kajian menunjukkan sesetengah orang mengalami keletihan apabila mengambil caffeine  sera berlebihan. :D

8.      JANGKITAN SALURAN KENCING TERSEMBUNYI
Jika anda pernah mengalami jangkitan saluran kencing anda terdedah kepada rasa sakit, tergesa-gesa(kencing tak lawas). Jangkitan initidak memberi tanda-tanda awal melainkan anda keletihan.


9.      “DIABETES”
Secara abnormalnya, penghidap diabetes mempunyai kadar gula yang sentiasa tinggi dalam saluran darah bukan dalam sel badan yang ditukar ke dalam bentuk tenaga.dengan itu anda akan berasa sangat letih.

10.  DEHIDRASI
Keletihan anda adalah tanda badan anda terhidrat (haus). Samada anda kerja luar atau di pejabat, badan anda tetap memerlukan air untuk bekerja dengan baik dan menyejukkan badan.

11.  SAKIT JANTUNG
Apabila anda terasa penat atau sangat letih setelah melakukan aktiviti ringan seperti menyapu sampah atau berkebun, itu tandanya jantung anda tak mampu meneruskan tugas itu. Jika kamu rasakan yang ia kerap kali terjadi sehingga menyusahkan anda meneruskan sebarang tugas walaupun benda yang mudah, sila berjumpa dengan doctor.

12.  PEKERJA SYIF MALAM
Bekerja pada waktu malam sebenarnya mengganggu “jam dalaman” anda. Anda akan rasa letih apabila dikejutkan malah akan menghadapi masalah tidur pada waktu siang.

13.  “CFS DAN FIBROMYALGIA”
Jika anda mengalami keletihan lebih dari 6 bulan dan lebih teruk jika anda melakukan aktiviti harian, anda mungkin menghadapi sindrom keletihan  yang kronik ataupun fibromyalgia. Banyak lagi tanda-tanda bagi penyakit tersebut tetapi kesan ketara ialah keletihan.



Macam ada sedikit terkena pada diri ini... so camna nak elak semua 2??

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, February 17, 2011

rasa cm kepala robot ja ni

Tq mr google


~Terseksa jiwa raga...boleh gitu~


~"salah bantal" a.k.a sakit leher dek keadaan tidur yg salah... 


~Jd cm robot ja rasa... nk toleh bila org panggil pn susah.... 


~Petua org lama jemurkn bantal... huii mengikut tanpa byk soal...sy pn jemur la bntal.. sblm tido tepuk2 sket bntal 2... terasa sengal lg la... tp xseteruk semalam.... 


~Puas jgk menggoogle mencari cara utk merawat sakit leher akibat salah bantal n then i found this... 


~Petua nk ilangkan sakit leher akbt 'salah bantal'

1-Baca Bismillah....
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih.

~Ada terbaca bahawasanya(uii peliknya ayt) sakit leher akibat tersalah bantal ni jgn diambil mudah..perlu rawatan sbb ada kes yg mn pesakit akibat 'salah bantal' ni terpaksa dibawa kpd specialist n Dr said yg tengkuk dia bengkak smpi press nerve system yang menyebabkan dia pening2... haishh bhya rupanya eh... ye la slm ni kalau ckp salah bantal mesti org kata cm ni kt sy "ko ni tido buas sgt la wan," hohohoho.... tido buas ke x ke kalau dh salah posisi kepala n kedudukan kepala kita ni mmg la azab terasa bila bgn tido 2... :D

~Hmm terjumpa 1 maklumat menarik ttg faktor yg menyebabkan kesakitan ni tejadi: 


  • Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan. (ye ye sy la 2 -smbil angguk2 pala)



  • Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur. (erk no comment abt this..muahaha)



  • Kedudukan tidur yang salah 



  • Kurang amalkan senaman. (waaaaa mcm sy je...ye thn ni sy kurang lakukan aktiviti fizikal)



  • Elakkan tidur di atas tilam yang lembut. (erk kena p check blk tilam nih)




  • ~so.... kena sama 2 la jaga kesihatan bdn ni... bdn nk pakai lama... kang blm smpi tahap veteran dh mcm2 sakit yg singgah....  :)

    ~Bila bdn sihat otk pn cergas ye dak?  kita pernah dgr kn العقل السليم في الجسم السليم (akal yang sihat berpunca dr bdn yg sihat)

    ~Kalo dh rasa bdn 2 cm sumthing wrong ja emm pk sndiri la cm ne nk wt yer... hik3... ;)


    Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

    Thursday, January 27, 2011

    sy sgt GILA mkn epal..anda?

    sdkt info psl kegilaan sy nih... ;)

    Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

    Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

    Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

    Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

    Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

    Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi?

    p/s: xsesia kn sy GILA epal... tp ada jugak yg mengatakan epal ijau xelok dimkn selalu..cumanya sy masih blm jumpa fakta tersebut... :) jom la join sy mkn epal... ;)

    curik dr google.. np sy xlepas dr kaler ijau eh?

     


    Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

    Thursday, September 2, 2010

    Dangerous Shampoo!!

    I got this from my colleague (btul ke ejaan ni?).. I think it is my responsibility 2 share it with u... read it...

    Dangerous Shampoo!!!
    Banned By Dubai Government!!










    Sodium Laureth Sulfate

    SLS
    CLEAR , FRUCTIS ,
    Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Body Shop

    All these Shampoos use a chemical called SLS which is actually a floor cleaner. They are used so as to produce more foam

    Imagine what a floor cleaner can do to you hair and scalp. It will damage the very roots of your scalp.

    Check out for SLS in toothpaste too!!!
    Use the ones which are free from this extremely harmful chemical.

    Type in 'SLS Free Shampoo' or 'SLS Free Toothpaste' in Google.com to get a list of companies selling safe products. 


    Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

    Monday, August 9, 2010

    Jom diet cara Rasulullah

    Etika Diet Rasulullah

    Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
    Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
    • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
    • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
    • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
    • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
    • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
    • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
    • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
    • Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
    • Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
    • Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
    • Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
    • Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
    • Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
    • Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
    • Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
    • Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.
    • Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
    • Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
    • Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
    • Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.
    • Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
    • Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
    ’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
    Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
    • Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
    • Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
    “Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
    Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
    • Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
    • Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
    Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
    Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
    • Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
    • Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
    • Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
    • Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
    • Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).
    Retrieved from Etika Diet Rasulullah



    Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

    Wednesday, August 4, 2010

    Perut buncit? Jom wat step ni....

    Perut boroi? Biasanya orang terutama para wanita sanggup mengeluarkan wang beratus ringgit untuk mengempiskan perut . Tetapi dengan teknik ini dapat mengempiskan perut dengan tanpa modal. Dinasihatkan berjumpa dengan doktor sebelum mengamalkannya. Ini adalah dari rancangan TV Jepun http://www.ntv.co.jp/ito-ke/

    1.Siapkan straw.
    cara mengempiskan perut
    Potong 5 cm.
    cara mengempiskan perut
    Ratakan salah satu hujung straw.
    cara mengempiskan perut
    Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.
    cara mengempiskan perut
    Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.
    cara mengempiskan perut
    Lakukan selama 3 minit sehari.
    cara mengempiskan perut
    Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.
    cara mengempiskan perut
    Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
    cara mengempiskan perut
    Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.
    Tak percaya!? Cubalah!
    Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.



    JOM TRY!! :)

    http://www.isuhangat.net/2010/07/08/mengempiskan-perut-tanpa-modal/



    Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

    Pemberitahuan

    Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan