Thursday, April 28, 2011

Psst....geng tu tak baik aa....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Ticer Wann bersiaran secara langsung dari bilik guru yang lengang bak dilanggar garuda..eheh ada ka? kebanyakan cikgu ke Lawas kerana menghadiri seminar Integriti..maka tinggallah saya and beberapa kengkawan menjaga sekolah..erkkk ada harapan balik awal tak nih? hohoho.... ada niat tu....
Hargailah... apa yang kita kena hargai atau dalam bahasa omputihnya appreciate... what do we understand with that? eheh sori terlebih nak speaking lak...maklum je nak kena menjejakkan kaki masuk kelas English.... 

Sebenarnya dalam dok buat semakan kerja rumah pelajar tadi saya terkenang sesuatu... yang mana kejadian tersebut benar-benar buat saya terfikir... ehh korang faham tak apa saya tulis ni..:D jom nak ajak kengkawan fikir sesama....

Okeh... ni nak buat cerita ni...jeng jeng jengggg

Ada dua persatuan yang dinamakan Persatuan G dan Persatuan H... Keduanya mempunyai kerjasama yang sangat baik... akhirnya mereka ambil keputusan untuk membuat gabungan..atau joint venture la omputih cakap...  Then ada la rombakan organisasi sikit...disebabkan persatuan G adalah persatuan yang besar maka sebulat suara menyetujui G menjadi peneraju persatuan... kebanyakan jawatan-jawatan penting diterajui oleh pihak G dan dibantu oleh pihak H... 

Pada mulanya kerjasama antara mereka sangat baik... setiap permasalahan yang ada diselesaikan dengan baik... Tetapi....ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..aitcehh.... kerjasama yang terjalin erat akhirnya punah dek kerana sifat kurang puas hati dari pihak G... semua itu gara-gara satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh salah sorang ahli pihak H.....

Bermulalah sesi kutukan/ umpatan dari pihak G terhadap ahli persatuan H... apa yang menyedihkan segala kebaikan yang telah dilakukan oleh individu tersebut seolah tidak dipandang langsung.... ibarat besar sangat kesalahan yang telah dilakukan.... individu tersebut hanya manusia biasa kadangkala tak pernah lekang dari pelbagai masalah yang melanda... 

Okey contohnya macam ni... satu hari individu H terlewat ke perjumpaan kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan....hanya kerana kesilapan sebegitu salah seorang dari pihak G terus mengutuknya tanpa bertanya keadaan sebenar... Individu H terlewat ke perjumpaan kerana mengalami sedikit kemalangan ketika dia hendak menuju ke tempat perjumpaan tersebut. Memang diakui salah individu tersebut kerana tidak memaklumkan kepada pihak G selaku ketua namun wajarkah umpatan/kutukan dilemparkan? Pastu mula la mengutuk dari mana asalnya individu tersebut... 

~Dia tak baik!~
~Kena ambil orang dalam geng kita jugak~

Ye saya tau lukisan sangat huduh.... 
Wajar tak? kenapa kita mudah melupakan 1000 kebaikan orang hanya kerana 1 kesalahan yang telah dilakukan? siapa kita untuk membuat penilaian orang itu baik dan orang ini tak baik? baik sangatkah kita? ehh kengkawan yang baca ni faham ke tak nih? hohoho

:.. Sekadar renungan bersama- sentiasalah bersangka baik dengan orang dan jangan mudah melatah dan terus membuat penilaian yang tidak baik tentang seseorang itu tanpa kita ketahui keadaan sebenar yang berlaku...  Biar setinggi mana kita berdiri tidak salah untuk tunduk melihat ke bawah... biar setinggi mana pun pangkat dan darjat kita tidak salah andai kita merendah diri...bertanyalah agar segala persoalan dan perasaan tidak puas hati itu dapat dirungkai dan dilepaskan....

p/s cerita ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya saja :)


Yang suka merepek,



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

6 geng suka bebel:

kindergartenlibrary said...

Inilah manusia ..mudah lupa pada kebaikan ..
kejahatan juga yang nampak ~
hope sangat nelly dijauhkan macamni ~

Akunyer said...

nelly: tu juga harapan saya..moga kita sama2 dijauhkan dari sikap macam ni... amiin

Far8 budak baik said...

ticer wan cakap nak delet blog..
hahahaha..=p perli sekejap..
waaa..ayat tu best..ku sangka pns smpy ke ptg..rpny pnd dtgh hari..
hihi..teruk betui ar..tuduh melulu nye psl ar ni
bulat air krna pembntong bulat manusia membawa muafakat..entam je..
hahaha

Akunyer said...

Far8 budak baik: alaa tu mimpi saya yang nak delete blog..eheh...

yeahh belum apa-apa dah judge orang tu yang tak eloknya...

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.. ehh boleh ka guna? erkk...marah cikgu BM nanti...

Anonymous said...

Lumrah kehidupan sekarang ni memang begitu. Lebih pandang yang buruk dari yang baik.

Akunyer said...

Miss Tira: itu yang menghairankan...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan