Tuesday, May 24, 2011

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh yang terkoban di rumah anak yatim At-Taqwa... sedih pilu dan hiba menyelubungi jiwa saya tatkala itu sehingga tidak mampu menulis entri berkaitan kejadian itu... bila membaca saja blog teman-teman yang lain tentang ini air mata memang menderu turun.... moga roh mereka ditempatkan bersama kaum yang soleh, amiin..

Entri saya pagi ini bukan lagi mahu menceritakan tentang kejadian itu... saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengajak teman-teman semua menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa tanah runtuh.. dermalah seikhlas hati anda.... 

Ihsan Google
Sumbangan/derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui:

Bank :RHB(26212000004747)
Atas nama : MUSLIM CARE

CIMB: 12190000848103
Atas nama: One Heart Creative Solution

*(akan diusahakan utk akaun Maybank. dimaklumkan kemudian)

Tempoh kutipan derma : 21 Mei 2011 - 31 Mei 2011 *jika ada permintaan untuk dilanjutkan lagi tempohnya, akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma *(jika tidak diisi pun tidak mengapa)
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke :
tabungmzmfc@gmail.com 

Hadith Nabi SAW : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayatAhmad)

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Akhi Fairuz
(www.facebook.com/akhifairuz)

Sumber rujukan: 

:.. Jom sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka... 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

13 geng suka bebel:

arituarini said...

smoga rezeki bertmbah...amin..

Akunyer said...

amiin :)

mykhalis said...

khalis pun dah tengk gambar anak2 yatim yg tersebar di internet.. memang sayu snagat tengok mereka bergambar dgn jubah putih..ada anak2 kecil

Akunyer said...

Khalis: ha'ah..memang sayu... moga roh mereka bersama orang yang soleh

ZWAN SABRI said...

Mmg kesian gila tgk keadaan depa.. diharapkan supaya ramailah yang tampil ke hadapan untuk membantu mereka dari segi kwangan mahupun apa saja.. huhu

MySuaraBlog: Interview Kerja

Akunyer said...

yeah... jom lah sesama hulurkan bantuan :)

Anonymous said...

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. al-Fatihah.

suria lekatlekit said...

takziah kpd keluarga mangsa.. hulurkan tgn ringankan beban.

Akunyer said...

Miss Tira: amin insyaAllah

Cik Lekit: yeahh sama-sama kita hulurkan bantuan...

Unknown said...

Al-fatihah. Meninggal dalam syahid

Akunyer said...

LALA shaheila: InsyaAllah...

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia rasa , Tia pernah baca ni ..

Akunyer said...

Yeah.. memang benda ni diwar-warkan pun... Ticer sampaikan apa yang Ticer baca atas rasa tanggungjawab :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan