Tuesday, May 24, 2011

Serabut...exam paper.. air asia.. ohhh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru lepas marking English paper untuk year 2... menggigil-gigil badan kaki tangan bila nge-check jawapan anak-anak tercayang intan payung nih... wuuuuuu adakah perlu habuan ketam batu atau roti panjang atau burung bangau nanti?
hek eleh macam la sanggup dia nak bagi habuan bertaraf antara sekolah tu... dah habis part year 2 kejap lagi nak memulakan penyemakan bertaraf CSI untuk year 6 pulak... dan-dan serabut.. sebab? kadang-kadang jawapan dorang bagi tu hanya dorang yang faham.. Ticer yang arif lagi bijaksana ni pun angkat tangan tanda mengalah dowh..

Saya telah berjaya menyebarkan perasaan jeles berleluasa dalam diri (wahha ayat)... bila bukak jer FB bersepah status kawan-kawan saya yang lebih kurang cam ni

"Counting the days... 2 days left"
"Berjalan-jalan di X sebelum balik"
(sentap kot baca status dorang nih)

Ticer? Ada 3 hari lagi bertapak di bumi nan indah ni... ada member yang terbang esok *oit cik kak dia kena balik awal sebab urusan walimah la* jeles tak bertempat buleh ka? ni ha housemate saya pun bersemangat je menyimpan baju ke dalam beg.. saya? adoii check paper tak habis nak balik pun tak tenang... nak bawak balik? ahh mintak sorry beribu sorry la.. jangan harap la nak menyemak kertas soalan kalau bercuti tu... silap-silap sentuh pun tak... dok terperam senyap sunyi dalam beg tu je la...

Ok ok dah kot sikit-sikit..cakap banyak kerja tak siap lak.. tapi Ticer rasa macam dah ngantuk.. tido 5 pusingan tanpa henti dulu boleh tak? :D

Kena jawab paper esok pada hari ni sebab esok dia tak de
:.. Harap punya kesabaran yang tinggi dari segi mental dan fizikal untuk meng-check kertas soalan pelajar... juga berharap dapat mengurangkan kejelesan tahap tak tau nak habaq kat member-member yang pulang awal sehari/ dua hari dari saya... juga berharap dapat menidurkan diri 5 round tanpa henti dengan jayanya.. :D

Yang suka merepek bukan-bukan,


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

7 geng suka bebel:

Anonymous said...

O hooo hooo balik kampung. O hooo hooo balik kampung. :p

Akunyer said...

Miss Tira: ihiks... tak sabar dah ni...

Akunyer said...

cik ten teyn: bonus mark? bagi jugak sebab mood nak balik makin berbunga di hati kan.. so hati ada baik la.. :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

hehe . best tak check paper student Ticer ?

Akunyer said...

Tia: nak tau best ke tak try la check.. haha... objektif senang aa... tapi short essay tu yang serabut :D

Santan Berlada said...

ni mesti x sabar2 nak terbang... haha

Akunyer said...

Dean: jasad je kat sini..fikiran hati dah sampai kat kampung :D

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan