Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat beristirehat dihujung minggu... terima kasih kerana sudi menjenguk blog Ticer... semalam Ticer ada bercerita pasal SMS hot yang Ticer terima.. kalau sesiapa yang ketinggalan ketapi tu boleh baca sini.. hari ni Ticr nak bebel pasal apa ehh?
Hutang... apa yang korang faham pasal hutang...? Ticer malas nak terangkan maksud hutang tu apa.. yang tu rasanya korang boleh cari sendiri dan korang pun sedia maklum kan maksudnya apa... Kalau ikut kefahaman Ticer la kan... orang yang terlibat dalam hutang ni ada empat.. pemberi, penerima, peminta dan pembayar hutang... selalunya yang suffer ialah pemberi hutang kerana apabila dia meminta hutang,pembayar/penerima hutang sangatlah liat nak bayar... hoho... dorang pinjam tapi tak nak bayar? apa kes? bila dah selalu minta mula la rasa tak selesa.. dah kalau tak minta nanti penerima hutang tu buat-buat lupa pulak... kalau setakat seposen tu mungkin boleh pejam mata (even itu masih boleh dituntut untuk membayarnya) tetapi dah kalau ratusan dan ribu-riban memang WAJIB la mintak... pemberi hutang senang-senang je bagi pinjam takkanla peminjam/ penerima rasa susah pulak nak bayar... sebelum berhutang macam-macam janji... esok la bayar... minggu depan la... alih-alih bila dah sampai tarikh yang dikehendaki membayar kembali jumlah tersebut kenapa diam? sampai kena pemberi hutang yang mintak... sampai naik malu... ye lah nanti dikatakan terlalu memaksa tapi dah tak da cara lain kena la mintak selalu kan...
Islam sendiri tidak menganjurkan hutang ni kerana kita akan mengalami kesusahan nanti... sebagaimana sabda Rasululullah S.A.W
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi sekiranya orang yang berhutang itu tidak mahu memulangkan kembali pinjamannya itu (ehh dia pinjam dia tak mo baya?macammana tu?).. sabda Rasululullah S.A.W
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya"
(Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
:.. Ticer ada hutang sesiapa? tolong beritahu ehh... erkk yang berhutang dengan Ticer..tulong la bayar..wuuuu tak larat nak mintak dah.... huhuhu dah naik malu dah ni.....nak berhutang memang senang...tapi nak membayar liat kemain... kemon la.....
p/s tak kisah nak memberi pinjam tapi bila kita memerlukan terpaksa jugak meminta untuk membayarnya... namun...... :(
p/s tak kisah nak memberi pinjam tapi bila kita memerlukan terpaksa jugak meminta untuk membayarnya... namun...... :(
22 geng suka bebel:
kene la bayar kn,kalo dh beribu2 pnjamnye,.huhu,.CN la tuh,.uwaaa,menangis,bile la nk abes bayar ni..isk,isk,isk,.
CN: ticer pun... wuuuu PTPTipu... Kad Kredit.. utang kereta... waaa mana nak cakar ni?
gali lubang tutup lubang je ni sy ni.. kih kih..
*nk pinjam duit ngan ticer leh tk? kih kih kih
Arul: hahaha buleh... nak berapa? ;)
dah pinjam kene pandai bayar la.
hmm. tapi yang sakit hati tu bile dah pinjam tapi buat2 tak reti nak bayar.
btw, schaze pernah buat tips macam mana taknak bagi org pinjam duit..hikhik
bleh refer sini --> Tips | Trick Tak Nak Bagi Orang Berhutang
new entry : BUSUK la Bau Badan!
alamak dulu2 time skolah kite hutang kawan kite duo posen la hihihi
hutang memang menyusahkan sesiapa yang try nak berhutang..
hidup pasti tak tenang..
mintak2la kita semua neh bebas dari hutang..kalau berhutang ngan PTPTN tuh..memang saya tak dapat tolongla cikgu..dengan kenaikan peratusan dalam PTPTN memang menyakitkan hati huhu..
schaze zainn: haha yang pinjam tak reti bayar tu yang sakit jiwa... pinjam 1K so kita bagi gedebuk 1K.. nak bayar bleh plak ansur-ansuran..adehh..tapi tak pe la terima je la dari tak bayar langsung... huhu
tenteyn the doll: hihihi g bayo cepat :D
Syuxer: yeahh memang tak tenang.. pasal PTPTipu tu insyaAllah akan langsaikan secepat mungkin..dah tak banyak yang tinggal :)
same macam ticer. orang yg hutang saye susah gile nak bayar. sedangkan saye sendiri, kalau berhutang, kalau tak ade aral melintang , hari tu jugak bayar, sebab kite tak tahu mati kite bile kan, macam tak senang hati kalau kite berhutang tapi tak bayar2 lagik. huhu
cik azeya: itu la kan... huhu tak tau la nak buat macammana... yang lari terus pun ada ni... tak dapat nak jejak
oh tapi kalau yang bagi hutang tu lepas tu kasi riba ? perghhh . lagi dasat ..
Ini Bukan Hal Remeh Wahai Wanita
Tia: yang tu memang nak kena sembelih.. haha... :D
tingat kat PTPTN.. aduihh.. jnuh nak mmbayorr..
farahin nasir: huhu Ticer pun sama... semput dah ni
tak malu ke makan hasil titik peluh orang
eyfa selalu bagi org hutang. tp sekor pn xmau bayar balik. hmm/. niat memang nak membantu. tapi bila kita dlm kesusahan nk mtk balik hutang kita tu semua senyap je. elok2 iklas bagi pinjam. terus tak ikhlas. huhuhu
cikguden: huhu taktau la kat orang-orang itu
EYFAalias: hihi ya lah... kita ikhlas tetapi bila dah jadi cenggitu ikhlas pun bleh jadi tak ikhlas...
yup.. hutang harus di bayar.. kalau tak.. cari la siapa yang di hutang tu kat akhirat nanti.. kan ticer kan?
nice entry ticer... :)
^^
Bella: ha'ah... betul tu... biarpun seposen tetap kena bayar..unless orang yang beri hutang tu halalkan maka terlepas kita dari bebanan hutang :)
Post a Comment