Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Awal pagi lagi dah terpacak kat kelas.. memberi sentuhan
kecundang terakhir buat anak-anak.. membuat sedikit ulangkaji ekspres
bersama anak-anak yang bakal menduduki UPSR Selasa ini... Gabra dehhh... Maaf entri kali ni terlalu panjang... kalau
tak larat baca bleh skip yer.. J
Apa yang korang faham dengan perkataan DENDAM? Rindu
dendam tak termasuk ye... hihihi... pernah tak korang terlibat dalam perasaan
ni? Cewah soalan.. ye la kadang-kadang benda tu dah lama jadi tapi still tak
leh lupa.... contoh la dalam pekerjaan, kita ni buat paperwork bagai nak rak
bila submit je pihak atasan reject on the dot..sebarang surat menyurat tidak
akan dilayan... hohoho tapi bila sorang kawan kita ni submit paperwork terus diterima tanpa bantahan... Terus
kita rasa marah meluap-luap hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Cewahh.. ehh ni
bukan kisah Ticer la.. contoh je la.. haishhh korang ni mula la nak bergosip
tu..
Dendam- suatu perasaan
yang lahir daripada perasaan benci atau marah, dipendam secara rahsia oleh
seseorang. Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki atau ketidakpuasan
hati. Dalam Islam
bolehkah perasaan dendam ni? Jawapannya TIDAK.. Dendam itu berdosa...
Mengikut kajian, kita hanya marah
untuk tempoh 4 ½ minit sahaja.. andai marah itu masih bersisa untuk berhari-hari, berminggu-minggu,
berbulan-bulan maka kita sudah terejerumus ke kancah dendam.. ini menurut
kajian psikologi ye tuan-tuan puan puan sekalian.. bukan kajian Ticer sebab
Ticer tak pandai nak mengkaji bahan-bahan cenggini
Punca-punca
dendam:
- Luka dalam hati yang mendalam
- Rasa teraniaya
- Enggan memaafkan
Ini
dikatakan punca kenapa kita berdendam.. bila adanya perasaan ini bermaksud hati
kita masih kotor dan jiwa masih gelap. Pastu segala kerja kita akan
terbengkalai dek perasaan ni.. bila dah terpendam lama dalam hati dendam ni
merebak dan terjadilah dendam kesumat.. disebabkan dendam ada yang sanggup
berbunuhan tau... caya tak?
Cara
elakkan dendam?
- Sucikan jiwa dan hati nurani- banyakkan solat sunat taubat dan amalam-amalan
yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. Dengan mengingati Allah hati kita akan
tenang...
- Minta maaf dan memaafkan serta redha atas apa yang berlaku. Kita pun banyak
buat silap kat orang..ye dak? So kena redhalah bila orang buat silap kat
kita.. tapi tak tau la kalau ada orang yang rasa diri dia tak pernah
langsung buat silap kat orang kan... tapi ada ke orang camtu?
- Cari hikmah disebalik kejadian. Biasanya untuk mendapatkan sesuatu
kebaikan Allah akan uji hamba-Nya dengan satu musibah...
- Berjumpa dengan pakar : kaunselor, ustaz/ustazah apabila perasaan
makin teruk.. sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jalan penyelesaian.
- Berkawan dengan orang yang positif supaya kita menjadi positif. Elakkan
berkawan dengan seseorang yang menjadi batu api. Macammana nak
tau seseorang tu batu api/ tak? Apabila dia sentiasa mendorong kita
melakukan sifat yang tak elok.. sebagai contoh meneruskan perasaan dendam
kita terhadap seseorang.
- Bersifat matang dalam pemikiran. Fikiran yang matang ialah fikiran yang
rasional bukan yang dikuasai oleh emosi. Apabila kita dikuasai
emosi mulalah kita rasa sukar untuk melupakan kesilapan seseorang itu
walaupun ianya kesalahan yang damit (kecil).
- Berbincang dari hati ke hati. Contohnya Ticer rasa sakit hati sangat dengan Fasha Sanda sampai dengar nama dia je Ticer bleh migrain. Untuk mengelakkan benda ni dari berterusan menguasai diri, Ticer boleh je jumpa dia dan berbincang dan cerahkan kembali apa yang suram.. mana la tau itu semua hanya salah faham je kan.. mungkin dengan ini perasaan dendam akan terhapus dengan sendirinya.. J
Memang
susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita
tetapi janganlah sampai mendendaminya. Jernihkan hati kita.. lemparkan senyuman
dan bertegur sapa apabila bertemu. Dan apa yang penting jangan putuskan tali
silaturrahim antara kita dan dia.
“Yang bernama hebat
bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan
sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]
:..
Jom bersalam-salaman memohon ampun maaf... moga segala perasaan sakit hati dan
dendam terhapus... jangan tunggu nak raya baru nak minta maaf dan memaafkan
orang... okeh?
14 geng suka bebel:
setuju! jgn berdendam kerana kelak kita yang akan merana
itu lah dendam ni akhirnya akan binasa kan diri kita jugak, huhu
tak baik dendam2 ni.. kih kih kih
jooommmmm!
huu
susah kan
tapi sebenanye kalo kerana Dia
sumenye indah kan...
bukan senang kita sebagai manusia melupakan dendam lebih2 lg perkara yg amat menyakitkan hati..
tapi jikalau kita sentiasa berdendam hati kita juga akan menderita..
semoga sentiasa lahir sifat penyabar didalam diri..
cara elakkan dendam tu memang yg terbaik, thanks Ticer
dendam memang merosakkan hubungan terutama jiwa kita sendiri, hidup kita pun tak boleh tenang...sebab duk fikir yang bukan2
@Gelugoq yeapp betul... idup pun tak tenang... :)
@Ollen betul.. memang bahaya... so elakkan dari berdendam
@ArulchelseA ha'ah memang tak baik pong
@aimie amalina yeah betul tu... untuk apa dendam mendendami..Islam tak anjurkan pun sifat tu... kan?
@LiFe KaMi yap..moga menjadi orang macamtu la.. bersabar itu indah.. :)
@Kak Yatie ha'ah... memang bila berdendam kita selalu pk yang bukan2... huhu moga sama2 dapat elakkan benda2 camni
kite tak tau lah kite pendendam ke tak. tapi, selalunya kite mmg susah nak lupa apa orang dah buat kat kite. tp kite dah maapkan dah. cuma tak leh lupa. sobs.
@siti kektus ermm... biasalah manusia ni susah nak lupa kesilapan orang lain... apepun bersihkan jiwa ya... :)
Post a Comment