Friday, February 17, 2012

"Alaaa tak best la tak tiup-tiup lilin"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

“Happy Birthday to u... happy birthday to u... happy birthday to Ismet Ulam Raja.. happy birthday to u..”

Pernah nyanyi lagu ni? Banyak versi.. ada dalam pelbagai bahasa... biasa la kan kita nyanyi-nyanyi lagu camni kan... salah ke  nak sambut birthday? Ehh tak da salah la... siapa kata salah nak sambut birthday.. tapi sedar tak dalam keghairahan menyambut hari lahir tu kadang-kadang kita terjebak dalam adat-adat/ kebiasaan yang tanpa kita sedari melanggar ajaran agama... apa dia? Tiup lilin dan make a wish sebelum tiup lilin...

Ticer pernah berada dalam satu jamuan birthday.. sebenarnya tu surprise party untuk diri sendiri la.. tapi memang tak ada lilin semua tu sebab kengkawan Ticer tau yang Ticer tak suka acara tu semua... bukanlah nak membangga diri sebab tak tiup lilin.. bukan nak bajet bagus... tapi ustat baba melarang Ticer dari terjebak dalam benda-benda macam tu.. mula-mula dulu macam tak puas hati.. ustat baba kata bukan cara orang Islam sambut macam tu... dalam tak puas hati tetap jugak ikut cakap.. namun tetap meneruskan pencarian bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. (aduii ayat..hebat sangat)



Selepas beberapa ketika bila dah ada akses internet ni laju la sikit mencari... banyak pendapat mengatakan cara itu ditegah kerana mengikut budaya bukan Islam kerana kek dilambangkan sebagai dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam... apabila lilin itu ditiup maka terpadamlah cahaya Islam...

Macam tu jugak dengan perbuatan ‘make a wish’ sebelum tiup lilin. Kenapa perlu pohon hajat macamtu?  Sepatutnya kita perlu memohon hajat kepada siapa? Hmmm... adalah lebih baik kita ubah konsep sambutan hari lahir dengan menyanyi dan meniup lilin tu kepada majlis kesyukuran dan doa selamat sebagai tanda kita bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ini...

Klik sini dan sini untuk baca... kalau ada yang tak setuju dengan pendapat ini semua apa daya.. Ticer sekadar berkongsi apa yang telah dibaca dan telah diberitahu oleh ustat baba Ticer... tepuk dada tanya iman... 

:.. Dalam cerita Melayu bersepah buat birthday macam ni... dah tu cammana umat manusia yang lain tak ikut..? kita mampu mengubahnya... jom kita kembali kepada syariat Islam yang sebenar... tak rugi pun..malah beruntung sangat-sangat.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

8 geng suka bebel:

Jahirah said...

saya sambut besday mak masak mkn2 je...xde pn tiup2 lilin.tp kalau kwn2 mmg diaorg sponsor kek n ada lilin...pasni kena provok la xnk tiup lilin...;)

RHI said...

akak setuju...

kalau akak tak pernah sambut pun...anak2 adalah juga...

Rina Rahamat said...

lebih afdhal baca doa kan..

tiup-tiup lilin kot tersembur air lior kat kek haha naya

shamyheart said...

a ah, ramai yg buat.. nak halang, diorang kata kita kolot pula. adei~

Akunyer said...

@Aishah Jahirah pasni leh la gitau kengkawan naper kita tak boleh tiup-tiup ni

Akunyer said...

@Yatie Awang dengan famili selalu ustajah mama buat makan2 je..then baca doa sikit..tu pun untuk famili sendiri je... bila dah belajar jauh baru merasa sambut dengan kek ni :)

Akunyer said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty yang tersembur tu lagi berkat kot kak... hehehe

Akunyer said...

@sha my heart biarlah nampak kolot pada mata mereka tapi tidak di mata Allah :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan