Friday, November 4, 2011

Semua mende dia nak cerita.. hai la Ticer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Esok pagi insyaAllah akan pulang ke desa tercinta... nak sambut raya korban... Alhamdulillah dapat cuti extra... bukan saja-saja nak ambil cuti lebih tapi perlu menguruskan beberapa hal peribadi.. Jom la beraya kat Kedah.. sangat best dan meriah.. J kat pantai timur pun best jugak.. kat tempat lain biasa-biasa je kot.. bukan Ticer yang cakap okeh.. kawan Ticer yang cakap... kalau salah mintak maap yer.. 

Minggu ni genap sebulan Ticer di Kuala Selangor.. surrounding yang tak terlalu sesak buat Ticer rasa tenang.. sesak tu cuma time awal pagi dan petang la.. normal la kan..orang pegi dan balik keja..

Kat sekolah ni students panggil Ticer ustazah.. rasa nak pengsan la jugak... kekadang panggil al-muallimatun.. rasa sweet plak... cewah.. tak pe la.. panggil je la apapun asalkan maksudnya sama..

Fenomena Najwa Latif menular di sekolah ni.. setiap kelas yang Ticer singgah mesti ada lirik lagu ni.. kekadang siap menyanyi lagi.. Yang tak tahan tu pelajar laki pun sama naik.. adeiii.... boleh tahan penangan Cinta Muka Buku ni ehh... nak marah pun tak sampai hati.. Cuma bagi warning sket la.. cewah warning konon...

Dah dapat tugas baru untuk tahun depan.. gulp! Cuak nih.. serius.. tapi tak pe la.. dalam proses belajar kan... kalau tak terima tak tau... harap-harap dapat buat yang terbaik la nanti..

:.. Nak tido dah.. sok pagi nak gerak awal balik Kedah.. jom.. Selamat Hari Raya Aidil Adha... 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, November 2, 2011

Bila kena handle satu slot.... berpeluh ooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dan esok ada aktiviti perkhemahan... Tetiba nama Ticer naik sebagai orang yang bertanggungjawab uruskan slot ikhtiar hidup.. huhu seram je rasa... 

Pagi tadi kena sediakan bahan.. syukurla ada fasci dari sekolah Sains datang membantu. Dorang hidupkan api... lepas tu Ticer perlu sediakan doh untuk buat roti lilit.. berpeluh gak nak menguli tepuk yang banyak tu ha... semua cegu yang lalu lalang tegur... dah macam nak buat kuih raya je lagak Ticer tadi.. ahaks!

Yang best tu Ticer boleh pakai baju kurung n hi heel.. tak ke sakit kaki ke hulu ke hilir pantau kumpulan pelajar.. cegu-cegu lain semua pakai sport attire.. konon nak nampak lain.. choii kan badan sendiri yang penat...

Peserta sangat excited dengan aktiviti ni.. sampai tak mau bergerak pegi checkpoint lain... aktiviti macam ni dorang tak penah tahu dan buat so bila diberi peluang untuk sama-sama lakukan, dorang rasa sangat seronok.. dari buat roti lilit, masak telur dalam bawang, rebus telur dalam plastik hinggalah panggang keledek dan kentang...semua dorang buat... 10 kumpulan besar tu... tercungap-cungap jugak Ticer.. Tapi puas hati sebab nengok pelajar sangat-sangat aktif...


Aktiviti orang lain...
Nak tepek jugak gambar..
Slot Ticer hari ni je.. tapi takkan nak melepak kat umah je kan.. insyaAllah malam karang pegi pulak.. melepak dan merapatkan ukhwah antara guru... disebabkan terlalu ramai guru di sini maka sampai sekarang Ticer masih belum kenal dorang sepenuhnya. Ada yang tertukar nama pun ada... dah tu gena?

Panjang dah Ticer bebel.. sorry kalau buat korang boring... nak tepek gambar tadi lupa nak snap sebab busy sangat... so amik je la gambar aktiviti orang lain.

:.. Kulit da gelap.. adeiiii... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan