Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelum apa-apa saya nak jelaskan sikit.Entri yang bakal saya repekkan ni adalah entri yang lebih kepada sharing is caring... bukan entri nak menghentam mana-mana pihak yer... saya tak mau la ada pihak-pihak tertentu yang rasa kurang senang dengan entri saya ni... bukan nak tunjuk yang saya bagus... tapi sekadar berkongsi maklumat yang saya dapat...
Okay baru-baru ni gempar isu pengumpul gambar wanita bertudung.. ada saya buat entri pasal tu..laaa tak ingat? ehh ada yang tak pernah baca? biar betik!! ehehe... poyo la kamu... okay okay bagi yang tertinggal belon boleh rujuk kat SINI dan satu lagi pasal entri privacy.. rujuk SINI
Nak dijadikan cerita (wahh bila masa pulak saya suka bercerita nih?) malam tadi ketika berblogwalking saya baca satu entri dari rakan blogger saya... okeh boleh rujuk Kucarkah anda?.. Apa yang saya dapati WANITA sekarang memang menjadi mangsa digital.. boleh kah saya cakap cenggitu? take a look at this picture....
klik la gambar kalau nak lagi clear... |
Gambar tu memang saya copy direct dari blog yang saya bagi link tadi tu... jangan risau saya memang dah minta keizinan dari tuan punya belog tu...
Pesanan saya beringatlah ketika kita mengupload gambar..jangan salah faham..saya bukannya jeles dengan aktiviti posing memosing anda... saya terpanggil nak buat entri ni sebab saya risaukan keselamatan kita yang bergelar wanita ni...
Tak kisah la anda free hair/ bertudung lengkap sekalipun jangan terlalu banyak mengupload gambar... letak sikit dah la.. kita sedang diperhatikan (ciplak ayat tuan belog).. tahukah anda, bila kita terlalu banyak meletakkan gambar, kita sebenarnya membuka ruang yang besar untuk pencurik mencurik gambar seterusnya jadilah macam perempuan kat atas tu... ihiks! banyaknye perkataan gambar.. adoii sebenarnya malas nak buat entri macam ni dah tapi bila tengok makin ligat pulak orang yang tak bertanggungjawab mencuri dan menciplak serta menceroboh hak privacy kita, saya terpanggil nak berkongsi dengan kawan-kawan yang lain... yang mana dah baca entri kat belog tu jangan muntah pulak baca entri saya nih..eheh... even topik sama tapi content lain... Cik Kucar dengan cara tersendiri dalam penyampaian maklumatnya-lebih bersahaja... Ticer Wann dengan gayanya yang bajet serius tapi cute...
Okeh...nak stop dah... tak nak bebel panjang-panjang dah (haha padahal memang panjang berjela dah ni)..jangan muak baca entri saya ni... kita dianjurkan untuk ingat mengingati.... sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga... nak baca entri pasal ni dengan nada yang best sila ke Belog Cik Kucarkacir
:.. Kemajuan teknologi yang kita dapat sekarang membuatkan kita berada di tahap marabahaya... Kemusnahan, fitnah dan penyalahgunaan hanya dihujung jari sahaja...
Yang sentiasa mengambil berat;
Yang sentiasa mengambil berat;
2 geng suka bebel:
Ysng penting sekali jangan ringan sangat tangan nak approve orang yang tak dikenali. Kawan biar beribu tu tak relevan pada zaman sekarang. Kawan kalau tak kenal itu namanya stranger.
Miss Tira: aok...betul tuh... kawan dengan yang kenal je la... :D
Post a Comment