Friday, April 29, 2011

Sweet sangat ke buat macam tu?

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hari Jumaat yang mulia- penghulu segala hari.. pejam celik pejam celik jugak tinggal lagi 4 minggu sebelum cuti persekolahan... ;) tak sabar mok mulih ke kampung... cewahh tetiba cakap kedayan pulak....

Okeh sekarang ni nak tanya...korang pernah menipu? seriusla jawab... jangan la kata tipu sunat la apa la... tipu mana ada sunat.... pernah dengar tipu untuk kebaikan tak? apa pandangan korang tentang tipu untuk kebaikan..?   sebenarnya ada cerita disebalik menipu nih.... tapi identiti orang dan tempoh masa berlaku tu seperti kebiasaannya terpaksa disembunyikan demi kesejahteraan sejagat..:)

Seingat saya bohong atau menipu ada juga yang diharuskan. Sebagai contoh Cik Pah menipu Cik Tom dan Cik Tim dengan tujuan mendamaikan pertelingkahan antara mereka. So itu diharuskan kalau dikira dari hadis di bawah ni...

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik”. (Bukhari) 


Tetapi...menurut Panel kemusykilan Agama JAKIM, menipu hukumnya berdosa biar dalam keadaan apa sekalipun.... 


Sekarang ni saya nak kongsikan sedikit kisah yang pernah berlaku antara Cik Mah, Cik Tipah dan Cik Hasnah... kes menipu jugak tapi bukan untuk kebaikan...menipu untuk menutup perkara sebenar.. kot....

Sebagai contoh: Cik Mah cakap kat Cik Tipah minggu ni dia balik ke kampung sebab ada urusan famili.... dekat Cik Hasnah pulak Cik Mah cakap dia nak pegi shoping moping and terpaksa bermalam kat satu tempat.... pastu nak dijadikan cerita satu hari tu cik Tipah dan Cik Hasnah dok borak-borak la... pastu termasuklah cerita pasal cik Mah ni.... 

Berlaku la sedikit pergolakan... Cik Tipah tak percaya yang Cik Mah pergi shoping dan bermalam kat satu tempat. Cik Hasnah pulak tak percaya yang Cik Mah balik kampung.... puas bertekak akhirnya mereka terdiam. Masing-masing memandang muka sesama sendiri... Baru lah diorang tersedar yang mereka berdua ditipu oleh Cik Mah....  Kejadian ditipu oleh Cik Mah ni berulang beberapa kali sampai dorang iyakan sahaja apa yang diceritakan oleh Cik Mah tu... Selepas kejadian itu dorang dah agak susah nak percaya kata-kata Cik Mah lagi... sebab dorang tahu Cik Mah memang kaki putar roda impian alam yang hebat.... 

Dah 'gila' nak guna paint
Persoalan sekarang kenapa perlu menipu sampai macam tu sekali? kalau beritahu perkara sebenar adakah menjejaskan apa-apa contohnya duit ke? adakah itu dinamakan menipu untuk kebaikan? bila ada kawan bertanya ke mana kita mahu pergi....dengan siapa..buat apa...itu maksudnya kawan kita ambil berat pasal kita.... what say you? 

:.. Siakap senohong 
    Gelama ikan duri
    Bercakap bohong
    Lama-lama mencuri....... ahaks!!

:.. Jadi elakkan dari menipu kerana boleh menjejaskan hubungan antara kita.... 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Anonymous said...

Ada tipu yang menjadikan dosa dan ada tipu yang harus hukumnya. Tidak semua tipu itu dosa. Tak tahulah mana datangnya panel dari Jabatan Jakim tu. Aiyaiyai..

Akunyer said...

Miss Tira: hmm itulah... setahu saya memang ada tipu yang diharuskan macam yang dinyatakan dalam hadith tu... tapi yang pasti takda tipu sunat

mykhalis said...

tipu sunat takde.. tapi kalau tipu unutk elakkan pertumpahan darah takkan tak boleh? khalis masih kena belajar lagik nie

Mengapa perlu menghina blogger lain dalam entry??

Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

koleksi artis seksi dalam majalah mangga

Akunyer said...

Khalis: tapi biasanya orang kita suka cakap camtu..tipu sunat... saya pun kena belajar lagi...sama2 kita belajar okeh?

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan