Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ni dan esok ada aktiviti perkhemahan... Tetiba
nama Ticer naik sebagai orang yang bertanggungjawab uruskan slot ikhtiar
hidup.. huhu seram je rasa...
Pagi tadi kena sediakan bahan.. syukurla ada fasci
dari sekolah Sains datang membantu. Dorang hidupkan api... lepas tu Ticer
perlu sediakan doh untuk buat roti lilit.. berpeluh gak nak menguli tepuk yang banyak tu ha... semua cegu yang
lalu lalang tegur... dah macam nak buat kuih raya je lagak Ticer tadi.. ahaks!
Yang best tu Ticer boleh pakai baju kurung n hi heel..
tak ke sakit kaki ke hulu ke hilir pantau kumpulan pelajar.. cegu-cegu lain
semua pakai sport attire.. konon nak nampak lain.. choii kan badan sendiri yang
penat...
Peserta sangat excited dengan aktiviti ni.. sampai tak
mau bergerak pegi checkpoint lain... aktiviti macam ni dorang tak penah tahu dan buat so bila diberi peluang untuk
sama-sama lakukan, dorang rasa sangat seronok.. dari buat roti lilit, masak
telur dalam bawang, rebus telur dalam plastik hinggalah panggang keledek dan
kentang...semua dorang buat... 10 kumpulan besar tu... tercungap-cungap jugak
Ticer.. Tapi puas hati sebab nengok pelajar sangat-sangat aktif...
Slot Ticer hari ni je.. tapi takkan nak melepak kat
umah je kan.. insyaAllah malam karang pegi pulak.. melepak dan merapatkan
ukhwah antara guru... disebabkan terlalu ramai guru di sini maka sampai
sekarang Ticer masih belum kenal dorang sepenuhnya. Ada yang tertukar nama pun
ada... dah tu gena?
Aktiviti orang lain... Nak tepek jugak gambar.. |
Panjang dah Ticer bebel.. sorry kalau buat korang
boring... nak tepek gambar tadi lupa nak snap sebab busy sangat... so amik je la gambar aktiviti orang lain.
:.. Kulit da gelap.. adeiiii...
7 geng suka bebel:
waaahh,ticer,.hehe,.bape puluh org cikgu kt situ,.
best kalau berkhemah ni...ingat zaman sekolah dulu
alahai bestnye berkhemah..lama dah tinggal zaman nie :(
alah ticer...rindunya zmn2 pengakap dulu...buat roti lilit tu pun pernah...hehe
paling suke mlm kebudayaan...best!
bestnya ada aktiviti camni..bestkan jadi cikgu!
as salam..
wah! seronoklah ticer wan!
alah..peluh2 pun, balik rumah, tido juga ilangkan letih. esok pagi bangun, ilang letih. hehe
insya'Allah
ticer....saya bakal ticer heheeeh
Post a Comment