Wednesday, November 2, 2011

Bila kena handle satu slot.... berpeluh ooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dan esok ada aktiviti perkhemahan... Tetiba nama Ticer naik sebagai orang yang bertanggungjawab uruskan slot ikhtiar hidup.. huhu seram je rasa... 

Pagi tadi kena sediakan bahan.. syukurla ada fasci dari sekolah Sains datang membantu. Dorang hidupkan api... lepas tu Ticer perlu sediakan doh untuk buat roti lilit.. berpeluh gak nak menguli tepuk yang banyak tu ha... semua cegu yang lalu lalang tegur... dah macam nak buat kuih raya je lagak Ticer tadi.. ahaks!

Yang best tu Ticer boleh pakai baju kurung n hi heel.. tak ke sakit kaki ke hulu ke hilir pantau kumpulan pelajar.. cegu-cegu lain semua pakai sport attire.. konon nak nampak lain.. choii kan badan sendiri yang penat...

Peserta sangat excited dengan aktiviti ni.. sampai tak mau bergerak pegi checkpoint lain... aktiviti macam ni dorang tak penah tahu dan buat so bila diberi peluang untuk sama-sama lakukan, dorang rasa sangat seronok.. dari buat roti lilit, masak telur dalam bawang, rebus telur dalam plastik hinggalah panggang keledek dan kentang...semua dorang buat... 10 kumpulan besar tu... tercungap-cungap jugak Ticer.. Tapi puas hati sebab nengok pelajar sangat-sangat aktif...


Aktiviti orang lain...
Nak tepek jugak gambar..
Slot Ticer hari ni je.. tapi takkan nak melepak kat umah je kan.. insyaAllah malam karang pegi pulak.. melepak dan merapatkan ukhwah antara guru... disebabkan terlalu ramai guru di sini maka sampai sekarang Ticer masih belum kenal dorang sepenuhnya. Ada yang tertukar nama pun ada... dah tu gena?

Panjang dah Ticer bebel.. sorry kalau buat korang boring... nak tepek gambar tadi lupa nak snap sebab busy sangat... so amik je la gambar aktiviti orang lain.

:.. Kulit da gelap.. adeiiii... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

7 geng suka bebel:

:: cikNuurul :: said...

waaahh,ticer,.hehe,.bape puluh org cikgu kt situ,.

RHI said...

best kalau berkhemah ni...ingat zaman sekolah dulu

adwafarahin said...

alahai bestnye berkhemah..lama dah tinggal zaman nie :(

Munn Jaafar said...

alah ticer...rindunya zmn2 pengakap dulu...buat roti lilit tu pun pernah...hehe

paling suke mlm kebudayaan...best!

Anak Wak Mail said...

bestnya ada aktiviti camni..bestkan jadi cikgu!

Areyoudys said...

as salam..
wah! seronoklah ticer wan!
alah..peluh2 pun, balik rumah, tido juga ilangkan letih. esok pagi bangun, ilang letih. hehe
insya'Allah

Unknown said...

ticer....saya bakal ticer heheeeh

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan