Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ni dah bertambah lagi seminggu... dah masuk 33
minggu... lebih kurang 7minggu je lagi kan.. tu kalau ikut doktor la.. tapi tak
tau la bila si anak ni nak say hi to the world.
Berharap dalam jiwa raga dan bakul biarlah selepas raya... heee bagi
chance kat ummi dia nak memakan habis-habisan ketupat, kuih-muih semua.. :D
Ticer seorang yang sangat fanatik jubah.. :D boleh ke
guna fanatik tu? Time pregnant pun banyak pakai jubah.. ye la kekadang ada
jubah yang tak sesuai dipakai ketika pregnant. Sebab? Menampakkan perut yang
jelas membulat dari minggu ke minggu.
Sampai la satu ketika kat sekolah tadi seorang uncle
yang sangat la baik yang bekerja di ofis menegur Ticer. Katanya jubah yang
ticer pakai tu dah tak sesuai dengan keadaan Ticer sekarang ni even saiz yang
dibeli tu besar satu saiz dari yang biasa dipakai waktu slim (slim ke?) dulu.
Heh! Malu ya amat kot kena tegur camtu. Malu kat sini bukan sebab terasa maruah
diconteng, dicoreng/ dicarik-carik. Tapi rasa malu dengan ketidak pedulian terhadap
keadaan diri sendiri. Orang lain plak yang concern kat diri Ticer.. haishh apa
la Ticer ni...
So SMS zauji yang berada nun jauh di utara sana. Beliau cakap kalau cenggitu tak boleh pakai dah la jubah tu. Pakai je la baju yang
sesuai untuk pregnant woman macam Ticer nih yang dah bergudang-gudang dalam almari tu (ok ni ayat tambahan.. Zauji tak cakap bergudang-gudang pun). Erk ada harapan dapat baju baru
tak Incik Zauji? *wink wink* kan raya dah dekat ni.. hehe...
Apapun rasa bersyukur dan berterima kasih sangat sebab ada yang mengambil
peduli tentang Ticer.. terasa diri begitu berharga... J
:.. Penat tunggu ending Dejavu Kinabalu tu... cerita yang terlebih mengagungkan cinta manusia... haishhh.... sangat tak best :D