Lebih malang, ada yang terlanjur sebelum majlis akad nikah. Nauzubillah. Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.
Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.
Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair) - tapi sekarang ni kalau ada pihak yang tak hebahkan pertunangan mesti ada pihak lain yang marah-marah... kenapa yer?
Ulama mencatatkan, antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana mereka masih belum sah menjadi suami isteri.
Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.
Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.
Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.
Dicadangkan pihak berwajib memikirkan mekanisme atau modul khusus untuk pasangan bertunang supaya dibimbing dengan ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan.
Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati.
Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.
Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”
Mahu tidak mahu, pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan.
Bagaimanapun, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya. Bagi kes putus tunang secara tidak munasabah, pihak berkenaan berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah.
-sekadar peringatan untuk kita bersama
4 geng suka bebel:
maafla Khalis menyampuk,, zaman skrang tunang dah dijadikan seumpama nikah,, sepesang sedondon,,ada pelamin, itu menyebbkan perasaan dah kahwin tue wujud.. dugaan masa bertunang sangat besar.. ada menjadikan masa tunang inilah berkenalan antara ahli keluarga, apa2pun.. jagalah diri kerana bertunang bukanlah menghalalkan hubungan..dah nikah baru halal..
khalis: betul 2... itu yg dikesalkan.. masa bertunang pn dh berhabis-habisan menyediakan pelamin, persalinan semua.. mgkin betul wujud perasaan 'sudah kahwin' antara psgn yg bertunang..moga kita semua dapat menjaga batasan ketika bertnang.. tq khalsi 4 ur comment
btul la...skrg ni bertunang pun bagai nak rak...meriah gilo ko, mcm kenduri kawen sudah...hikhikhikhik
sue: 2 la..lari konsep terus dengan saranan Nabi kita... moga2 kita terhindar dari semua 2 ye sue.. :)
Post a Comment