Sunday, October 30, 2011

Final Piala Malaysia + Semi-Final Badminton Super Series... Layanzzz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam tadi tido dengan penuh kekecewaan *tipu* penyu menangis malam tadi.. huhu.. tak pe la bukan rezeki kan.. Ticer sokong team yang menang la.. ahaks! Dan-dan sokong team yang menang.. Tak dinafikan team Azraii Khor memang mantop... Tak sangka sentuhan Hai-O menjadi malam tadi setelah beberapa kali percubaan menanduk bola ke gawang gol... 


Pink okeh? So sweet.. hoho
Lepas nengok acara peyampaian hadiah untuk juara Piala Malaysia tu Ticer sempat jugak nengok badminton semi-final antara Lee Chong Wei dan Chen Long (erk betul kot nama ni).. sebenarnya tak tau pun ada game... saja-saja je buka astro Supersport malam tadi... Datuk Lee Chong Wei Berjaya mara ke final. Tak dengar lak dia jumpa sapa kat final nanti... sebab time tu dah berkira-kira nak tido...

Apapun rasa puas hati la tengok game LCW malam tadi biarpun rasa seriau je takut dia kalah... Game ke 3 tu memang superb... dia tak bagi peluang dah pada Cheng Long...  Ye la takkan sampai ke sudah nak bagi kemenangan free kat orang ye dak...? harap-harap kalau dia jumpa Lin Dan dia dapat kalahkan pemain hebat dari China itu...


Orang lain dok ulas pasal final Piala Malaysia.. Ticer sibuk pasal badminton... apa leh buat team kegemaran tewas.. apapun kalah menang tu adat permainan kan..  

:.. Ermm Sharbini hensem aa malam tadi..muahaha tetiba... Hai-O hebat.. nama Azraai Khor Abdullah femes lagi... ;)Tahniah Nogori 9... senin cuti ehh?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, October 28, 2011

Tak sedap tapi telan jugak... :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah masuk hari Jumaat... maksudnya tinggal lagi 2 hari Ticer kat rumah... Ahad ni bakal berlepas pulang ke Sarawak Kuala Selangor.. J dah mula tak sihat... simptom biasa bila dah nak habis cuti... ustajah mama pun senyum-senyum je... siap usik lagi.. simptom tak nak tinggal rumah ke tak nak tinggalkan Mr.ABC...? adeii terkulat-kulat malu la pulak.. serius la tak nak tinggal umah.. ahaks!

Time-time cenggini yang tinggal hanya beberapa minggu ni tetiba hormon upside down.. giler kentang la... tetiba jerawat yang dulunya menyepi dari hidup membiak bagai cendawan lepas hujan.. haishhh.. risau oo... dah telan macam-macam ubat.. dah sapu macam-macam ubat... tradisional pun dah... moden pun dah... pengubatan cara Quran sedang giat dilakukan... 

Lepas tu sepupu mintak Ticer buatkan satu jus... weiii seksa oo nak menghabiskan separuh gelas tu pun... tapi bedal jugak la sambil tutup hidung... jus tomato... Ticer memang kureng sikit dengan tomato.. sayur/ buah lain I bedal je... tak tau la kenapa tomato tak menapak dihati.. kalau ustajah buat salad pun mesti dia potong kecik-kecik tomato tu supaya Ticer dapat makan... cumanya tomato yang dimasukkan dalam kari/ tomyam je Ticer dapat makan biarpun besar gedabak.. kenapa? Yang tu tak tau la pulak...

Jus yang Ticer buat malam tadi.
Abaikan pemandangan yang tak enak
Susah nak lari dari minum jus tu sebab pemantau ada... selagi tak minum selagi tu la nama Ticer akan dikeloi (dipanggil)... biarpun minum dengan muka yang mencuka..rasa happy bila dapat habiskan jus tu.. ahaks! Misi malam ni jus tomato lagi.. cewahh...

Khasiat tomato boleh tengok SINI

:.. Biasanya yang tak sedap di tekak kita tu la yang baik untuk kesihatan kan? J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, October 27, 2011

Nak kacau ikut arah mana ye?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Thanks pada yang sudi singgah.. Ticer amat bz.. nama je cuti seminggu sempena Deepavali tapi jadual sangat pack di rumah... nak touch up apa yang patut sebelum majlis besar tiba J

Psst..korang selalu kan kalau korang mengacau minuman/ makanan ikut arah mana? Lawan jam/ ikut putaran jam? Ticer dari dulu lagi (erk dari dulu tu tak tau la dari umur berapa) akan mengacau minuman/ makanan/ masakan ikut lawan jam.. kenapa? Sebab Ticer ada tengok satu rancangan motivasi di TV yang menyarankan supaya kita mengacau minuman/ makanan mengikut lawan jam sebab dipercayai boleh mengelakkan penyakit.. selepas bertahun-tahun lamanya Ticer melakukan aktiviti tersebut (cam pelik je guna perkataan aktiviti) baru hari ni tergerak untuk mencari kenapa disarankan supaya mengacau minuman mengikut arah lawan jam..


Salah satu sebabnya ialah sunnah Rasulullah S.A.W.  Yang keduanya, putaran mengikut arah lawan jam itu menghasilkan TENAGA POSITIF. Sebagai contoh; tawaf. Ia dilakukan mengikut putaran arah lawan jam dan menghasilkan satu tenaga yang sangat besar... Apa hikmah Allah ciptakan kejadian ini? Tenaga ini dihasilkan untuk menyeimbangkan kedudukan dunia..  

Ticer tak larat nak taip panjang-panjang.. sebab teori ni ada kaitan dengan fizik semua tu.. Ticer orang bahasa... bab-bab sain-sain ni Ticer punya kelemahan sikit.. so untuk mendapat maklumat yang lebih sila ke SINI dan SINI..

:.. Pelik pulak... kenapa jarum jam berputar arah lain ye? Hmm...

p/s ehh follower dah bertambah... waaa toche toche... nandrey.. syukran.... terharu... sorry tak dapat nak balas jejak lagi.. InsyaAllah akan jejak korang balik...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, October 20, 2011

Boleh pulak camtu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru lepas memvakum sawang kat blog... lama tak BW.. fb pn jarang-jarang sudah... poyo je...  Semalam ada in house training pasal kursus yang Ticer pegi last week.. pehh gabra oo nak mem-present kat cikgu-cikgu hebat.. tapi bedal je la..

Ok. Done! Sebenarnya lama nak berkisah pasal ni... tapi tak berkesempatan nak menaip. Kisah tentang sorang kawan yang bakal berkahwin.. Ticer namakan dia sebagai F.. ada satu malam tu dia dapat mesej dari someone.. and of course lelaki.. that guy tanya khabar dan disebabkan dia menganggap lelaki itu sebagai kawan maka dia pun jawab la seadanya..

Lelaki tu tanya lagi status dia sekarang..dan F dengan jujurnya pun beritahu yang dia bakal berkahwin tak lama lagi.. That guy emm Ticer namakan dia sebagai Amitabh Bachan..cewahh tetiba masuk Bollywood plak.. AB ni ucap tahniah la tapi yang tak best bila sampai SMS terakhir dia...

“Saya doakan awak bahagia...tapi kalau awak tak bahagia...saya ada kat sini,” boleh camtu?  Suami orang dah kot..perlu ke cakap cenggitu? Sebenarnya tak kisah apa status pun tapi perlu ke cakap macam tu?

Bertitik tolak kejadian tu kawan Ticer terus tak balas SMS dah... dia kata sangat menyesal sebab balas SMS tu... Ticer nak salahkan dia pun tak boleh la kan..benda tu mana kita jangka nak jadi... 

:.. Doa yang baik-baik sudah.. benda lepas letak tepi la.. dah tertulis awak bukan jodoh F.. terima je la.. *emo plak tetiba ni pehal...?* choiii


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, October 11, 2011

2 perkara yang mudah tapi susah... ayuh kita!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pindah je sini terus tak de masa nak belek blog.. I’ll try to respond to some questions that had been posted in previous entry... Blog Ticer dah tak meriah.. hee macam kemalasan nak update lak..

Untuk malam ni Ticer nak sampaikan (cewah cam penceramah) satu tazkirah yang bertajuk “Langkah Memburu Kemanisan Iman”..


Ingat 2 perkara
  • Kebaikan orang pada kita
Kita perlu sentiasa ingat kebaikan yang telah orang lakukan pada kita biarpun ia sekecil kuman... Andai mampu balasilah kebaikan itu dengan budi yang setimpal/ lebih.. Yang paling utama ialah kita perlu ingati segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita dengan cara sentiasa bersyukur. Boleh rujuk pada surah Dhuha:11
  •  Kesalahan kita pada orang 
Kita perlu selalu ingat salah kita pada orang agar terdorong untuk meminta maaf. Dengan cara ini dapat membuahkan rasa kasih-sayang sesama manusia. Paling utama; perlu ingati segala kesalahan dan dosa kita pada Allah. Dengan cara itu dapat menimbulkan rasa insaf , takut dan menyesal = bertaubat.

Lupakan 2 perkara
  • Kebaikan kita pada orang
Jangan mengungkit. Sikap tersebut boleh mebatalkan amal. Paling penting lupakan
segala ibadah yang kita lakukan kerana ia boleh mencalarkan keikhlasan... ye la kita
perlu beribadat dengan ikhlas kan... itu merupakan tanggungjawab kita sebagai 
seorang hamba.
  • Kejahatan orang pada kita
Anggaplah tiada siapapun yang melakukan salah pada kita. Dengan ini kita dapat mengelakkan rasa marah dan dendam. Apa yang penting kita perlu lupakan segala ujian, musibah/ malapetaka yang melanda kita. Semua itu dugaan buat kita dari Allah Taala untuk menguatkan lagi keimanan kita...

:.. Mampukah kita? Jom sama-sama berusaha...  

Dicedok dan diolah dari Majalah Solusi


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday ke nih?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...





Buku yang dibeli dengan harga promosi... harap dapat manfaatkan masa dengan membaca ensiklopedia ni... ada banyak bahagian solat di dalamnya... penerangan yang serba ringkas beserta tunjuk cara berilustrasi.. J

:.. Sorry busy sangat sejak berpindah ni... ada masa free nanti Ticer lawat korang balik J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, October 3, 2011

Jadi Warga Kuala Selangor....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sori sebab tak balas kunjungan korang yang sudi bertandang di sini... kesibukan sket... Pagi tadi dah melaporkan diri di S.K. Bandar Baru... sekolah yang besar dengan jumlah pelajar yang besar... cikgunya pun ramai.... Nak fengsan gak naik turun tangga... sesat cari kelas pun ada gak... hohoho... pastu tak tau nak cover malu camna dah... syukurla ada students yang baik hati tunjukkan kelas.. cewahh...almaklumla cegu baru yang cute...

Seawal kul 6.30pagi memecut dari Meru ke sekolah... huhu sampai sekolah pun students dah start berbaris... kemudian diperkenalkan oleh pihak sekolah... 1st day terus kena berucap.. hoho bedal je la.. tak tau mende pun Ticer cakap kat depan tu... rasa nak karok pun ada bila dah pegang mikrofon tu..

Hari ni tak dapat jadual lagi.. Cuma di minta untuk sit in kelas yang ketiadaan guru...  kemungkinan kena pegang kelas BI tahun 3... subjek lain tak de kot.. maklum je la... kelas tahun 3 je ada 5 kelas.. hoho... jenuh nak menge-check paper exam nanti...

Tadi GB minta dan berharap sangat Ticer stay kat sini selama 2 3 tahun sebab dorang memang kekurangan cikgu English... erk...  mampukah?

Rumah sewa pun da dapat... PK yang tolong uruskan... syukur Alhamdulillah... kiranya tak payah berulang dari Meru dah... Tadi shopping barang-barang rumah di Tesco... huhuhu melayangggggg RM... tapi pejam mata je la...

:.. Sekolah bagus..so expectation tinggi... harap mampu menggalas amanah yang diamanahkan... sebenarnya agak takut bila diletakkan pengharapan tinggi... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan