Wednesday, January 21, 2015

Lukis pulak dah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sepatutnya ada pemantauan. Sebut ja pemantauan confirm memang gabra.. taktau la nak control camna perasaan tu. Nama je dah masuk 7tahun mengajar tapi hmmmm…

Saat dan masa berlalu tapi takda pemantauan pun.. selamat? Belum selamat sebab pegawai pemantau tu akan datang bila-bila masa je.. just be prepared.

Tadi sepatutnya dalam kelas tahun 1 ada aktiviti mewarna. Semangat la pepagi buta p office nak fotostat.. sekali mesin foostat rosak daaa..adehhh nak tak nak kena guna manual la.. camna? Lukis la..

Tengok lukisan sendiri pun nak gelak.

Tu pun ada murid kata lawa.


Taktau tang mana lawanya. Ahaks!!

Upload ni pun tergelak-gelak dah..haha

:.. Kena belajar melukis dengan cikgu seni pulak lepas ni.. haihhh… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 14, 2015

2015..A New Me?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk tahun baru 2015. Boleh kira dengan jari berapa banyak pembebelan yang di’publish’. Kekangan masa? Mungkin kot… selebihnya biasala busy. Busy dengan pertambahan ahli keluarga dan berat badan.. :p

Tahun ni diberi mandat menjadi ibu kepada 28 orang anak tahun 4.. setakat 3 hari persekolahan depa nampak ok.. disiplin tip top..dengaq cakap.. masuk kelas ja paling maksimum 5 minit bagi bebelan kasih sayang dulu kat depa.. bukan sebab nak bebel tak tentu fasal tapi lebih kepada nak memantapkan tanggungjawab dan adab dorang terhadap guru dan ilmu yang ditadah.. power dak ayat? :D

Selain tahun 4, Ticer mengajaq jugak tahun 3 and 1.. yeapp tahun 1.. manja… tagih perhatian.. biasa la baru nak mengenal alam persekolahan kan.. baru nak belajar berdikari. Tu pun dah ada sorang gheyau time Ticer masuk kelas.. haha takut Ticer kah? Rasa dah manis dah senyuman..tapi jelingan tajam tu tetap ada disebalik senyuman semanis gula Melaka.. :p Takut sebab tu la kot.. hihi ;)

Tahun 3? Dapat kelas ke 2..menuntut 1001 kesabaran kerana macam-macam kerenah yang nak kena hadap. Ditambah dengan sebilangan besar agak lemah Bahasa Inggeris.. Hmm.. bukan nak mengeluh ke apa.. Cuma kepala ni ligat pikio cara dan method apakah yang perlu digunakan untuk bantu depa kuasai BI.. Any idea?

Total pelajar yang dipegang tahun ni lebih kurang 90 orang lebih.. 60 pelajar nak kena fokus untuk saringan LBI nanti.. confirm berpinau mata nih…


:.. Moga diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.. bukan mudah nak menginsankan seorang manusia… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan