Thursday, March 15, 2012

Dah tengok ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti seminggu- terbengkalai semua kerja dek kecuaian sendiri.. terlupa nak bawak balik markah untuk di isi dalam sistem... Cuma dapat isi beberapa markah je... tu pun sebab ingat.. harap sempat la nak mengisinya bila balik ke sana nanti..

Dah alang-alang semua kerja tak menjadi Ticer menghabiskan masa menonton movie Hafalan Shalat Delisa.. Ticer bukan penggemar cerita/ filem dari seberang... tapi selalunya Ticer akan tengok bila direkemenkan oleh kengkawan.. macam filem Ketika Cinta Bertasbih dulula... kalau tak direkemenkan oleh kawan sampai ke sudah tak tengok... Korang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa ni? Best. Serius. Even grafik time tsunami tu macam agak pelik tapi benda tu tak membantutkan hasrat untuk menonton sampai minit terakhir..


Sangat tersentuh melihat ketabahan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 6 tahun (mungkin) meneruskan hidup setelah kematian ibu dan 3 kakaknya beserta kehilangan sebelah kakinya dek tsunami... selepas kejadian itu dia hanya tinggal bersama ayahnya.. air mata dah bergenang gak la time tu... tapi tak pe bukan ada orang perasan pun sebab tengok sorang-sorang. Ihiks.

Movie ni ada ditayangkan di astro first tapi disebabkan tak melanggan cerita ni maka Ticer godek-godek Google mencari link untuk download filem ni.. Memang betul la apa kawan Ticer cakap, cerita ini lagi bermakna dan best dari filem OR.. sebab Ticer hanya tengok dalam masa 15 minit ja OR tu..terus off sebab erk mengantuk sangat jalan cerita dia... baca novel dia lagi best Ticer rasa.. maap la pada peggemar filem tersebut.. lain orang lain selera kan... Lagi satu tak da pun adengan sentuh menyentuh antara lelaki dan wanita bukan mahram dalam cerita ni (seingat Ticer) la... tu yang membuatkan Ticer selesa nak menonton hingga akhir... Tak perlu tunjuk aksi kemban-kemban dan peluk-peluk pun cerita boleh jadi best.. ye dak? J

:.. Lepas tengok movie ni rasa nak jadi setabah Delisa dan nak jadi insan penuh kasih sayang dalam mendidik dan menghadapi kerenah anak-anak seperti ibu Delisa itu... J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, March 2, 2012

Harap semuanya selesai cepat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah setelah 3 bulan Ticer fight akhirnya semua dah setel.. fight apa? Fight pasal perubahan gaji la.. bukan SBPA punya.. tapi semenanjung punya... sepatutnya benda ni dah disetelkan pada disember tahun lepas tapi tak tau la apa masalahnya Sijil Gaji Akhir Ticer masih belum dikeluarkan oleh PPD lama... kerani sekolah yang baru ni cakap susah la dorang nak uruskan perubahan gaji Ticer...

Bayangkan dari bulan 10 tahun lepas sampai la bulan 3 tahun ni Ticer masih menerima gaji Sarawak... seronok? Tak seronok sebab kena bayar balik elaun yang dimasukkan dalam slip gaji sepanjang 6bulan tersebut... kalau dah elaun je 1K++ sebulan haaa boleh bayang tak berapa banyak Ticer kena bayar balik? Hmm... sabo je la... Boleh kata every week n every month Ticer call Tanya pasal gaji nih... Alhamdulillah tadi pagi kakak kerani sekolah cakap dorang dah fakskan SGA Ticer tu cumanya nanti dorang (pihak S’wak) akan potong gaji Ticer untuk pembayaran elaun Sarawak tu semua.. Kakak kerani tu cakap banyak jugak nak kena potong.. Ticer telan air liur je la... T_T


Takpe la satu masalah dah selesai... ada satu masalah lagi belum selesai... yang ni minggu depan la kena jumpa Penolong Kanan... harap setel cepat... kalau tak dapat nak setel jugak kena menghabiskan duit lagi call merentasi Laut China Selatan...

:.. Rabbi Yassir Wa La Tu’assir.. J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan