Thursday, March 15, 2012

Dah tengok ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti seminggu- terbengkalai semua kerja dek kecuaian sendiri.. terlupa nak bawak balik markah untuk di isi dalam sistem... Cuma dapat isi beberapa markah je... tu pun sebab ingat.. harap sempat la nak mengisinya bila balik ke sana nanti..

Dah alang-alang semua kerja tak menjadi Ticer menghabiskan masa menonton movie Hafalan Shalat Delisa.. Ticer bukan penggemar cerita/ filem dari seberang... tapi selalunya Ticer akan tengok bila direkemenkan oleh kengkawan.. macam filem Ketika Cinta Bertasbih dulula... kalau tak direkemenkan oleh kawan sampai ke sudah tak tengok... Korang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa ni? Best. Serius. Even grafik time tsunami tu macam agak pelik tapi benda tu tak membantutkan hasrat untuk menonton sampai minit terakhir..


Sangat tersentuh melihat ketabahan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 6 tahun (mungkin) meneruskan hidup setelah kematian ibu dan 3 kakaknya beserta kehilangan sebelah kakinya dek tsunami... selepas kejadian itu dia hanya tinggal bersama ayahnya.. air mata dah bergenang gak la time tu... tapi tak pe bukan ada orang perasan pun sebab tengok sorang-sorang. Ihiks.

Movie ni ada ditayangkan di astro first tapi disebabkan tak melanggan cerita ni maka Ticer godek-godek Google mencari link untuk download filem ni.. Memang betul la apa kawan Ticer cakap, cerita ini lagi bermakna dan best dari filem OR.. sebab Ticer hanya tengok dalam masa 15 minit ja OR tu..terus off sebab erk mengantuk sangat jalan cerita dia... baca novel dia lagi best Ticer rasa.. maap la pada peggemar filem tersebut.. lain orang lain selera kan... Lagi satu tak da pun adengan sentuh menyentuh antara lelaki dan wanita bukan mahram dalam cerita ni (seingat Ticer) la... tu yang membuatkan Ticer selesa nak menonton hingga akhir... Tak perlu tunjuk aksi kemban-kemban dan peluk-peluk pun cerita boleh jadi best.. ye dak? J

:.. Lepas tengok movie ni rasa nak jadi setabah Delisa dan nak jadi insan penuh kasih sayang dalam mendidik dan menghadapi kerenah anak-anak seperti ibu Delisa itu... J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

Yatie Awang said...

akak pun suka sangat citer ni...

syahirah said...

saya da tgok citer ni .. :)
best dan bnyk pngajaran ^ _ ^

adwafarahin said...

cter2 cmnie la bru bole bkk minda dr OR tu :P

Bui Junaidi said...

SALAM TICER..
LAMA KAK BUI TAK SINGGAH SINI
TICER DH MENGAJAR AREA SARAWAK KER

Cik Gee said...

OR tu memang ntah pape.. sorry to say to the fans, ianya tak lebih drdp tragedi cinta murahan.. novel dia sendiri jauh lebih drdp filem tu.

~~Ticer Wann~~ said...

@Yatie Awang best kan kak? maap la baru sempat balas

~~Ticer Wann~~ said...

@syahirah betulll sangat banyak pengajarannya

~~Ticer Wann~~ said...

@adwafarahin citer ni baru meleleh air mata sebaldi :D

~~Ticer Wann~~ said...

@Bui Junaidi Salam kak...saya pun dah lama tak blogwalking... saya kat selangor sudah :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Cik Gee rasanya pengarah filem tu nak buat cerita yang menyayat hati...tapi xkena selera bagi sesetengah penonton... betul novel dia lagi ok..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan