Saturday, December 28, 2013

Tak payah nak begurau sangat la.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ni dah ke sekolah. Ada mesyuarat. Biasalah. Rutin tahunan gitulah.. dulu kat Sarawak lambat sikit meetingnya.

1st thing disentuh bab pertukaran guru la.. ada 4 orang yang berjaya dalam permohonan. Ticer? Masih di Selangor membesarkan anak sendirian lagi. Pastu dalam cuti baru ni ada masalah sikit so bila dah tak dapat berpindah ni agak sedih la jugak.. ehh bukan agak dah memang sedih amat-amat banyak. Mata pun dah bengkak je asyik ‘hujan’ tak berenti.

Bila masuk mesyuarat baru ni ada hamba Allah seolah berseronok dengan kegagalan permohonan Ticer. Siap heboh-heboh dalam bilik mesyuarat. And siap aminkan lagi kegagalan Ticer ni.

Ticer tak balas pun gurauan dia tu. Sebab? Rasa tak cerdik plak nak balas benda camtu. Tapi sikit sebanyak gurauan tu meninggalkan impak mendalam di hati. Kalau diikutkan jiwa yang tengah berkecamuk itu mau je bertumbuk kot.. ehh apa? Ingat Ticer tak reti tumbuk orang ke? Pernah belajar silat tau… jangan main-main.. ;)

Orang yang tak berada ditempat kita memang boleh bergurau gitu. Ye lah keluarga anak pinak semua depan mata. Kita ni sorang-sorang kat sini urus anak. Dengan mak yang sakit dan perlu bantuan. Jauh pulak tu. Kalau Selangor-Kedah tu 10 minit jalan kaki hari-hari pun boleh balik.

Hmm…. Put yourself in my shoes dude.. don’t simply make fun with others life.


:.. Gurau tak de salah pun.. yang salah tu bila bergurau atas kesedihan orang lain.  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

7 geng suka bebel:

Syazana Zainn said...

Sabar ye ticer.

Maybe ade hikmah sbb tu pertukaran tu lambat lg

InsyaALlah boleh try lg :)


p/s: x boleh tukar suka-sama-suka ke?

Unknown said...

assalamualaikum ticer. dah lama tak jengan ke mari :)

takpelah ticer, tabahkan hati ye. mungkin tu ujian dari Dia yang nak kuatkan hati ticer.

Allah uji kan tanda sayang ^_^

Akunyer said...

@Syazana Zainn tukar suka sama suka bleh tp dah puas cari tak ada yg match.. Huhu

Akunyer said...

@Tia Fatihah tq Tia.. Harap makin kuat :)

IbuHaikal said...

jangan sedih2 ye ticer...kalau dia buat lg, nanti ticer denda dia suh buat tepuk lalat 1000x..haha

cheer up ticer!

Akunyer said...

@IbuHaikal denda lompat bintang la.. hehe :)

suria lekatlekit said...

tu namanya gurau tak kena tempat.. kita nak gurau tgk keadaan & mood orang jugak. kadang2 walau gurauan tu kita boleh terima dalam sesuatu keadaan tapi tak semestinya dalam setiap situasi kita boleh terima...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan