Wednesday, April 17, 2013

Alhamdulillah... sudah 6 bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah... my little princess dah masuk 6 bulan ++.. bila dah masuk 6 bulan ni dia dah boleh berjinak-jinak dengan makanan pejal yang pertama. Gigih ummi meng-google dan memasukkan diri ke dalam group-group solid food ni. Sekarang ni tengah cuba jinak merpatikan Amni dengan puri epal. Nampak selera semacam je. Ummi pun curi-curi makan jugak puri ni. Heh. Tak tahan tengok anak menyambar puri dalam sudu dengan rakusnya. Hoii ayat....

Dan...yang paling best sampai saat ini masih lagi berupaya menyusukan Amni dengan susu ibu. Yeahh memang ada dugaan jugak bila breastfeed anak ni. Masalah tu timbul bila nak simpan susu buat stok la. Kadang-kadang ok.. kadang-kadang KO. Penghasilan susu ni pun relate jugak dengan emosi. Contohnya bila mengepam kat sekolah. Susu laju je keluar bila ticer happy bercerita atau bergelak tawa tak ingat dunia dengan sorang kakak ni. Kiranya kalau nampak muka dia ja kompom susu laju je keluar. Kalau stress? Heh susu pun segan ohh nak muncul.

Ada jugak yang bertanya cammana cara pemakanan Ticer sampaikan boleh dapat susu yang banyak untuk Amni. Ni pun banyak bertanya dari kawan-kawan yang memang breastfeed sepenuhnya anak dorang. Antara cara-caranya amalkan pengambilan makanan sunnah. Habbatussauda’, kurma, susu kambing, madu. Selain tu Ticer minum horlicks campur milo (ada makcik misi bagi petua ni) and yang paling penting minum air kosong bergelen-gelen. Pastu jangan lupa doa.. baca surah Al-Hujurat and ayat 60 surah Al-Baqarah. 

alhamdulillah... even tak banyak macam orang lain
Supplement? Emm mengaku tanpa segan silunya memang ada ambil tapi sekarang dah slow. Niat nak habiskan je stok supplement tu sebab rasa keberkesanan pada makanan sunnah lagi utuh.. maap la tak tau ayat apa yang digunapakai.. Apa guna supplemet bagai kalau diri sendiri malas mengepan dan menyusukan anak. Kan? Ehh jangan salah faham tau bukan kutuk orang yang ambik supplement. Ni mengata diri sendiri. Merungut sakan sampai bernanah telinga Mr.Zauj bila hasil tuaian susu tak seberapa. Tapi lepas tu terus ubah cara hidup dengan mengepam dan menyusukan anak dengan kerap. Hasilnya...? Alhamdulillah....

Ok.. dah la tu kot.. panjang lebar sudah.. orang baca pun dah terlelap. So ibu-ibu dan bakal-bakal ibu tanamkan niat dalam hati nak susukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Hikmahnya sangat banyak... 


:.. Mula-mula rasa susah lama-lama rasa mudah. Bak kata pepatah alah biasa tegal biasa. (ehh betul ke?)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

IbuHaikal said...

tahniah kak wan...dah dapat diploma in breastfeeding..yeay!! haha

Akunyer said...

@IbuHaikal tq.. br dapat diploma..gigih nak dapatkan degree in breastfeed lak :)

Unknown said...

hehee .. saya senyum2 je baca entri ticer nih :)

dyba gula-gula said...

1st time masuk blog ni ;)

Btw..

Goodjob tecer. Kakak ipar kite kate byk2 tuai bykla hasilnyer. Mcm sistem demand n supply eh?

#saje nk belajar asas bf nih, sonang bile kawen n ade anak nt. huhuhu

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan