Saturday, April 20, 2013

Fakta atau auta atau apa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lagi cerita pasal anak. J kali ni pasal gigi pulak..

Mulut laju bertanya pada pengasuh pasal gigi. Katanya kalau gigi anak cepat tumbuh lambatla dia berjalan nanti.. hmm.. ye ke?

Pastu satu hari tu Amni tarik jari umi and ngap terus masuk mulut dia.. tetiba ja terkejut. Rasa macam ada benda tajam menusuk jari. Ingatkan Amni masukkan benda dalam mulut dia rupanya dah ada gigi sikit. Ehh baru je tanya pengasuh tup-tup dah ada gigi. Cepatnya... baru 6bulan lebih kot.. terus la teringat apa yang pengasuh gitau.. ishh takkan kot..

Pastu terus ngadu pada pendengar paling setia abad ini – Mr. Zauj. Dah tau dah mesti Mr.Zauj bagi ceramah kasih sayang punya. Katanya office-mate dia gitau lain anak lain perkembangannya. Mungkin kebetulan je kalau gigi tumbuh cepat lambat berjalan. Ada je gigi tak tumbuh lagi tapi tak mula langkah lagi pun.. positif sket la ummi.. 


Eheh..yang risau melebih-lebih ni kenapa kan? As long anak tu aktif ke sana kemari tu dah kira ok kan... respon pada ummi dia pun ok.. bila mencari-cari dari Google betullah macam Mr.Zauj cakap tu. Lain anak lain perkembangan dorang. Ada sesetengah anak tu cepat bergerak semua... ada yang lambat dari segi fizikal tapi dari segi mental dorang cepat.. tak payah risau lebih-lebih. J Lambat laun anak akan melalui proses yang dah ditetapkan Allah.

:.. Susah la kan kalau asyik nak compare dengan orang lain je kan... haishhh... kena UBAH sikap ni.. 

gambar gigi di ambil dari sini



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

1 geng suka bebel:

Cik Tia said...

hehee .. Tia paham .. Ticer kan ibu , mesti risau tu lebih dekat anak ye dak :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan