Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Rindunya kat korang... heee Ticer menyembunyikan diri
sementara... tak tau la.. puasa-puasa camni idea seolah hilang dibalik awan...
korang sihat? Mesti korang dah tak nak melawat Ticer lagi dah kan? Ye la kan
Ticer tak BW kat blog korang.. huhu.. ampun maaf ya..
Nak flash back kenangan sket bleh... kenangan memasang
pelita.. korang ada? Tediaa ayat riak wa takbur... tak da lah... gurau-gurau
ja.. selalu kat rumah adik-adik yang rajin memasang pelita.. kakaknya? Mana sempat
nak belek pelita... busy menolong ibunda terchenta di dapur... takat bagi
arahan tu bleh la..
Pada awalnya tak berminat pun nak memasang
pelita..tapi bila melihat jiran-jiran giat memasang pelita maka adik-adik
beserta ustat baba pun mengatur plan baikk punya untuk memasang pelita... kami
pasang pelita bukan ada niat apa-apa pun.. sesetengah orang tu pasang pelita
konon nak bagi malaikat nampak rumah... tapi kami pasang sebab nak
sama-sama menceriakan kawasan rumah.. ada sesetengah orang tu pasang pelita
konon ada kaitan dengan lailatul qadar.. wahhh tu dah terpesong jauh dah
tu...
Tadi sempat nengok Nasi Lemak Kopi O.. panel tu cakap nak pasang pelita jangan ada niat-niat macam yang Ticer senaraikan tu... tak salahpun nak pasang pelita sebagai tanda kita bergembira menyambut kedatangan Ramadhan..
Tadi sempat nengok Nasi Lemak Kopi O.. panel tu cakap nak pasang pelita jangan ada niat-niat macam yang Ticer senaraikan tu... tak salahpun nak pasang pelita sebagai tanda kita bergembira menyambut kedatangan Ramadhan..
Ticer ada baca satu entri pasal ni...pelita di pasang
secara besar-besaran di Mesir sebagai tanda meraikan malam-malam
Ramadhan..bukan ada niat seperti menyambut malaikat turun/ sebagai tanda malam
lailatul Qadar...
Nak baca...? Sila PICIT laju-laju
:.. Apapun betulkan niat kita okeh..? pelita dipasang hanya sebagai tanda memeriahkan malam-malam Ramadhan..bukan sebaliknya... emm korang pasang pelita tak?
