Showing posts with label taaruf. Show all posts
Showing posts with label taaruf. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Boleh Ticer tahu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk apa berblogging kalau kita tak kenal antara satu sama lain ye dak? Kalau setakat tahu nama pena kat dalam blog je rasa cam tak best plak.. So Ticer nak kita saling berkenal-kenalan.. Ticer dah lama sebenarnya nak tau serba sikit tentang diri teman blogger yang sudi menyinggahkan diri mereka kat blog kecik Ticer ni…

Apa korang kena buat? Ok jawab je soalan Ticer… tak payah jawab jauh-jauh… letak je kat komen tu… ni soalan-soalan yang Ticer harap korang dapat jawab.



  • Nama sebenar dan nama panggilan
  • Umur (ke nak berahsia?) dan tarikh lahir
  • Negeri asal
  • Sudah bekerja/ masih belajar? Di mana?
  • Berat dan tinggi

Disebabkan Ticer yang buka topik so Ticer mula dulu taaruf session ni…



  • Nama sebenar: Wan Soidah bt. Wan Ahmad Sipiyudin. Nama panggilan Wan Cute
  • Umur  : 27 tahun pada 23 September nanti
  • Negeri asal: Kedah Jelapang Padi
  • Sudah bekerja sebagai seorang guru di Lawas, Sarawak 

Ok dah… sekarang ni giliran korang pulak.. harap sudi la yer.. rasa tak kena pulak ziarah sana-sini tapi tak tau nama jiran tetangga…

:.. Jom la kita ber-taaruf supaya silaturrahim kita makin mantop..



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan