Monday, November 21, 2011

Nak elak hujan kena buat camtu ke? Biar betik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bermula cuti akhir tahun.. hip hip horay bagi students.. tapi cikgu cikgi ada yang masih di sekolah setelkan keje dan ada yang kena set up program tahun depan.. Ticer dibenarkan pulang awal untuk uruskan hal-hal peribadi.. cewah

Ok disebabkan ramai yang bakal berkahwin tahun ni tetiba Ticer teringat satu kisah di zaman dahulu kala. Ok ni Ticer tipu.. bukan sampai zaman dahulu kala pun.. stop. Melalut lebih-lebih. Kang kena lempang. Berkaitan dengan majlis kawin. Time tu Ticer bebudak hingusan tapi cute. Masa tengah buat rondaan ke bilik pengantin Ticer tinjau ke luar tingkap then nampak macam ada kain / baju atas khemah. Memula tu fikir ada orang tertinggal kain time pasang khemah tu... Tapi jiran Ticer yang sama hingusannya ngan Ticer cakap bukan.

Katanya kain/ baju milik pengantin tu diletak atas khemah untuk mengelakkan hujan turun sepanjang majlis tu.. pehhh time tu memang jahil gila.. bleh pulak Ticer percaya... hoho... jiran Ticer tu pun dapat info dari mak dia... so dia cakap kalau nak kawin nanti kena letak kain untuk elak hujan...

Bila dah membesar bagai juara ni Ticer tergelak guling-guling... betapa pemikiran kita dikuasai dengan benda-benda khurafat dan tahyul cam tu... hujan, ribut petir, panas dan banjir itu kan kuasa Tuhan... siapa kita nak menghalang segala ketentuan dari-Nya.. apa yang penting kita memohon doa dari-Nya supaya majlis kita berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Kalau hujan lebat sekalipun tapi majlis itu berkat insyaAllah ramai orang yang akan hadir meraikan kita... ye dak?



Walimah nanti pun insyaAllah tak ikut adat sangat.. tu pun dah ramai yang bising.. katanya Ticer ni pelik coz tak ikut adat.. huhu... pelik itu sextau.. hoho.. tuntutan agama tu yang penting... kan?

:.. Lama tak blogwalking... selepas bola nanti insyaAllah akan lawat korang.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

Azzah said...

ada jugak dengar tapi masa kawen ari tu tak ikut pun.

zahidah seran said...

dulu pun majlis kawen akak buat simple simple gile kena marah dgn sedara mara...huhu...
diorg suruh itulah,inilah...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kalo kt tmpt akak cucuk cili kering dgn bawang merah kt penyapu lidi..hehe..kalau ikut logik mmg x logiklah kan..yg penting doa pd Allah spy majlis kawen nnt elok je cuaca..

Yatie Awang said...

budak2 memang mudah percayakan kalau orang tua bercerita, nak-nak lagi kawan2 yang bagi tahu...heheheh

Selamat semuanya hendaknya...

Anak Wak Mail said...

kalau dah nak hujan,,hujan jugak kan ticer..tp mak cik saya pon ada suruh buat camni gak..balik baju atas bumbung..haha..

~~Ticer Wann~~ said...

@Azzah hee bagusla tak buat :)

~~Ticer Wann~~ said...

@zahidah seran biasalah kak... masing2 nak bagi pendapat... yang penatnya kita ni haa

~~Ticer Wann~~ said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty wahh camtu ehh... haha.. betul kak.. kena percaya pada ketentuan-Nya

~~Ticer Wann~~ said...

@Yatie Awang tu la kak.. nak2 yang jujur cam saya ni..cewah... tq kak :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Anak Wak Mail hahaha tu la pasal... risau plak pk masyarakat kita ni lebih percayakan benda2 camtu :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan