Friday, August 10, 2012

Bersabarlah dengan dugaan kecil ini.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramadhan bulan penuh ujian!

Betul kan?

Pagi tadi time mata baru nak terbuka dari lena yang pendek (sebab tido kul 2.30 pagi) dapat called dari Mr. Zauji.. Ohh itu rutin biasa beliau setiap kali sahur mesti kejutkan si zaujahnya yang tercenta ni.. :D Malam tadi beliau beroperasi menangkap orang-orang yang tertentu.. sedang elok bercakap tetiba dapat ayat ni

“Handphone satu lagi kena curi,”

Mata terus segar bugar.

“Laaa camna kena curi?” ayat paling lawak Ticer pernah tanya.. Dah kena curi kompom la Mr.Zauji tak tau camna kena curi. Yang paling best lagi handphone tu dicuri time kat ofis. 

Sangat ajaib!!


Mr.Zauji kena ambik telefon ni sebijik... 

Handphone tu baru ja beberapa bulan dibeli.. tak kisah la tu hp cap ayam ke cap cokia sekalipun tapi tetap kena pakai duit nak mendapatkan hp tu..Beliau malas nak tuduh lebih-lebih siapa yang ambil sebab tak nampak kan... yang paling touching sket bila beliau kata

“Dah setakat tu je rezeki...,” adoiiiii.... tapi Ticer tau kat dalam hati tetap rasa sedih sebab benda yang dibeli dengan hasil titik peluh dicuri orang....

Ticer pun tumpang sedih jugak... kalau Ticer kat tempat Mr.Zauji tu tak tau la camna nak hadapi keadaan tu...

Apapun harap sangat Mr.Zauji bersabar dengan dugaan ini.. mungkin betul apa yang beliau cakap tu bukan rezekinya...  pada sang pencuri tersebut Allah melihat perbuatan awak tu.. di dunia awak mungkin terlepas namun disana tetap akan dihukum... J

:.. Lepas ni nak mintak Mr.Zauji pakai public phone je la... tak de yang berkenan nak ‘meminjam’ kot :p


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

6 geng suka bebel:

Aishah Jahirah said...

even murah pun barang kita, rasa xbest la kalau hilang...bulan puasa ni pun mencuri ye...

qasehraihan said...

dugaan ramadhan..

eza miza said...

salamukhuwah..
Bw kat sni.. Harap2 ticer dpt lawat kembali..

~~Ticer Wann~~ said...

@Aishah Jahirah tu maksudnya bulan puasa masih belum mampu menyucikan diri kita.. huhu

~~Ticer Wann~~ said...

@qasehraihan yeappp

~~Ticer Wann~~ said...

@eza miza tq.. salam ukhwah fillah.. insyaAllah willhit you back

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan