Monday, August 6, 2012

Kelas macamni sangat bagus...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jumaat lepas – Ticer join satu discussion kat sekolah. Pasal penyemakan semula bacaan Al-Quran. Sebenarnya ramai antara kita tak tahu (termasuk tuan punya blog) banyak bacaan Al-Quran kita salah. Tu sebab beruntungnya kalau ada orang yang prihatin dan mahu join kelas Al-Quran macamni. Ustaz tu cakap sia-sia kita khatam 20 kali tetapi bacaan kita satu pun tak betul. Macammana nak dapat syafaat kat sana nanti? T_T

Ada la sedikit ujian dari ustaz tu. Mintak Ticer dan kawan-kawan baca beberapa ayat. Alhamdulillah Ticer dapat membaca dengan betul (even time baca tu agak was-was..takut tersilap). Syukur sangat disebalik kesibukan melanda dengan kerja yang bertimbun-timbun masih lagi mampu mengingat cara bacaan yang dipelajari masa kat sekolah dulu. 

Rujukan Bacaan Al-Quran
Minggu depan insyaAllah join lagi kelas tu . Seingat Ticer la ustaz tu cakap kalau kita tersilap baca dikhuatiri boleh mendatangkan dosa pada kita. So benda macam tu yang sangat ditakuti. Apapun pada kengkawan yang lain jom sama-sama kita buat ulangkaji ok..? luangkan sedikit masa untuk membetulkan bacaan Al-Quran. 

Kadang-kadang kita rasa kita dah fasih membaca Al-Quran tapi kita tak sedar mungkin sebenarya terdapat kesilapan sepanjang bacaan kita. Cuba la bertanya pada yang arif. Ticer nak ajar pun bukannya pandai sangat. Ticer pun banyak bertanya jugak andai terasa tak berpuas hati dengan bacaan sendiri. Lagi kita belajar sebenarnya lagi banyak ilmu yang kita dapat...

Kalau rajin-rajin cuba kengkawan rujuk sistem Qiraat Hafs ‘An ‘Asim. 

:.. Selalu tengok orang eja Tarawikh dan bukan Tarawih (bukan semua). Kalau ikut ejaan arab ejaan tu kurang tepat kan sebab menukarkan huruf ح kepada خ.. ke tak jadi masalah bila kita tukar ejaan macamtu? Tak lari maksud ke? Sekadar bertanya pada yang lebih arif.. :) wallahua'lam.. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

6 geng suka bebel:

qasehraihan said...

wah untungla ticer..
kat skolah ke kat mana?

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/cantiknya-kurma-puasaku-kali-ini.html

Zeera Az Zahra said...

saya pon tak taw pasal ejaan tarawih tu.. huhu...

tapi saya puji ticer sebab sudi belajar balik bacaan al-quran yg betul. ade sesetengah tu tak hingin, sebab fikir ape yg dorang belajar tu da ckup.. :)

Ca Cik Duyung said...

takot gak ni..mmg leh baca quran.tapi x pasti leh ke baca dgn betul...

~~Ticer Wann~~ said...

@qasehraihan kelas tu kat sekolah.. alhamdulillah.. syukur Allah bagi kesempatan untuk hadiri kelas ni

~~Ticer Wann~~ said...

@Zeera Az Zahra eheh jangan la puji2... biasa aja.. ada peluang depan mata tu yang Ticer pergi :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Ca Cik Duyung itu la yan risau sangat tu... huhu...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan