Friday, October 28, 2011

Tak sedap tapi telan jugak... :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah masuk hari Jumaat... maksudnya tinggal lagi 2 hari Ticer kat rumah... Ahad ni bakal berlepas pulang ke Sarawak Kuala Selangor.. J dah mula tak sihat... simptom biasa bila dah nak habis cuti... ustajah mama pun senyum-senyum je... siap usik lagi.. simptom tak nak tinggal rumah ke tak nak tinggalkan Mr.ABC...? adeii terkulat-kulat malu la pulak.. serius la tak nak tinggal umah.. ahaks!

Time-time cenggini yang tinggal hanya beberapa minggu ni tetiba hormon upside down.. giler kentang la... tetiba jerawat yang dulunya menyepi dari hidup membiak bagai cendawan lepas hujan.. haishhh.. risau oo... dah telan macam-macam ubat.. dah sapu macam-macam ubat... tradisional pun dah... moden pun dah... pengubatan cara Quran sedang giat dilakukan... 

Lepas tu sepupu mintak Ticer buatkan satu jus... weiii seksa oo nak menghabiskan separuh gelas tu pun... tapi bedal jugak la sambil tutup hidung... jus tomato... Ticer memang kureng sikit dengan tomato.. sayur/ buah lain I bedal je... tak tau la kenapa tomato tak menapak dihati.. kalau ustajah buat salad pun mesti dia potong kecik-kecik tomato tu supaya Ticer dapat makan... cumanya tomato yang dimasukkan dalam kari/ tomyam je Ticer dapat makan biarpun besar gedabak.. kenapa? Yang tu tak tau la pulak...

Jus yang Ticer buat malam tadi.
Abaikan pemandangan yang tak enak
Susah nak lari dari minum jus tu sebab pemantau ada... selagi tak minum selagi tu la nama Ticer akan dikeloi (dipanggil)... biarpun minum dengan muka yang mencuka..rasa happy bila dapat habiskan jus tu.. ahaks! Misi malam ni jus tomato lagi.. cewahh...

Khasiat tomato boleh tengok SINI

:.. Biasanya yang tak sedap di tekak kita tu la yang baik untuk kesihatan kan? J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

14 geng suka bebel:

Unknown said...

hahah..ayie kdng2 jer mkn tomato nie...huhuhu

norinaomar said...

sedap tomato..
aku tak pernah try plak jus tomato..kalau campur madu pun sedap gaknya

halila Ibrahim said...

oo .. tomato ni banyak khasiat .. kak suka makan .. mini tomato kak makan gi tu je .. yg tomato dh lembik kak sapu kat muka .. lg satu org kata tomato ni anti kanser ..

wan habibah said...

anak saya suke mkn tomato

Nasz said...

xsuka tomato. tak suka. tak suka. hehehe.

qasehraihan said...

sy suka mkn tomato.kn mcm mkn epal..hehe

zahidah seran said...

suka tomato.
jus tomato penah gak minum kalau rajin..tapi kena sejuk2..hehehe...

Akunyer said...

@cucu umie ok la tu.. mkn jugak... :D

Akunyer said...

@norinaomar aku campur oren sket... sedap gak aa..sebab rasa masam oren

Akunyer said...

@halila Ibrahim wahh bagusnya... saya susah nak telan sket kalau makan mentah2.. :D memang banyak khasiat tomato ni :)

Akunyer said...

@wan habibah wahh bagusnya :)

Akunyer said...

@NasZ hohoho... saya terpaksa suka.. :p

Akunyer said...

@qasehraihan kalau saya makan tomato macam makan epal..erkkk... tak tau camne jadinya :D

Akunyer said...

@zahidah seran hehe betul2... jus tomato minum sejuk2 lagi best

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan